KUALA LUMPUR -Malaysia menang 1-0 ke atas Myanmar dalam pertarungan lebih 100 minit di atas padang pada aksi di Stadium Thuwunna Yangon Myanmar bagi aksi pertama Kumpulan B Piala AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 sebentar tadi.
Malaysia membuka tirai jaringan menerusi Faisal Halim pada minit ke-52.
Faisal yang menerima lorongan Safawi Rasid melepasi dua pertahanan lawan sebelum melepaskan satu rembatan menewaskan penjaga gol lawan.
Tuan rumah mempunyai beberapa peluang menjaringkan gol namun dapat dipatahkan benteng Malaysia selain dibantu kecekapan Syihan.
Myanmar hampir menyamakan kedudukan selepas Myanmar dihadiahkan sepakan penalti kontroversi pada penghujung permainan.
Kecekapan Syihan Hazmi menepis rembatan lawan pada masa tambahan memastikan tuan rumah gagal mengutip sebarang mata.
Skuad kebangsaan bertahan ampuh pada aksi tambahan melebihi lapan minit untuk memastikan Malaysia pulang dengan tiga mata penuh.
Secara keseluruhan, Malaysia bermain dengan cemerlang walaupun tampil dengan hampir keseluruhan muka baharu.
Kim Pan-gon yang menerapkan gaya agresif, pantas dan berstamina dapat disempurnakan skuad negara.
RENTAS7
Leave a Reply