Majlis Ulama Syura Patani benarkan solat Jumaat dengan bersyarat

PATANI– Solat jumaat pada minggu ini di tiga wilayah selatan Thailand masih dibenarkan.

Perkara itu diputuskan selepas Majlis Ulama Syura Patani mengadakan mesyuarat bersama Badan Kesihatan Awam (gambar) pada 22 Mac, susulan penularan wabak penyakit COVID-19, lapor Wartani.

Keputusan itu diiringi dengan kebenaran dari Pusat Syaikhul Islam Kerajaan Thailand.

Antara organisasi lain yang hadir dalam mesyuarat tersebut adalah pemimpin agama wakil jawatankuasa Islam tiga wilayah selatan Thailand, wakil institut Pendidikan Pondok, wakil Pusat Dakwah Tabligh dan lain-lain.

Bagaimanapun, jika situasi berubah, pengumuman penting akan dibuat.

Bagi kebenaran bersolat di masjid, Ulama Syura Patani menggariskan beberapa panduan kepada para jemaah seperti berikut:

1-Setiap masjid dikeluarkan karpet dan hendaklah makmum menggunakan kain sejadah masing-masing dari rumah.

2- Ahli jemaah yang demam atau tidak selesa badan tidak perlu solat di masjid.

3. Lebih baik tidak bersalaman secara menyentuh tangan untuk elak jangkitan.

3. Basuh dan cuci tangan sebelum ke masjid.

5. Pakai penutup hidung dan mulut.

6. Jangan guna air kolah masjid ( air di kolah perlu dibuang).

7. Guna sabun untuk bersihkan tangan

8- Solat Jumaat : Imam dan makmum tinggal di masjid dengan waktu singkat. selain itu perlu memastikan:

-Tempoh masa antara azan pertama dan kedua hendaklah sesingkat mungkin.

-Khutbah Jumaat hendaklah menggunakan masa singkat dan secepat mungkin tetapi sempurna syarat khutbah.

– Dalam Solat, Imam hendaklah membaca surah-surah ayat al-qur’an yang pendek.

-Selepas selesai solat, semua yang hadir solat perlu segera pulang ke rumah.

 

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.