Dua wakil PKR akan sertai pembangkang di Kedah?

ALOR SETAR– Timbul ura-ura dua wakil rakyat PKR akan menyertai blok PAS dan UMNO di negeri ini.

Berdasarkan maklumat seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang enggan didedahkan, dua wakil rakyat berkenaan terdiri daripada kem bekas Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Namun ADUN berkenaan berkata, buat waktu ini maklumat berkenaan belum boleh disahkan.

Berdasarkan sumber lain, dua pemimpin berkenaan sedang menunggu arahan pusat untuk membentuk kerajaan baru bersama PAS dan UMNO yang mempunyai 17 kerusi.

Sekiranya situasi itu berlaku, gabungan pembangkang di Kedah bakal membentuk kerajaan negeri dengan kelebihan dua kerusi mengatasi PH.

Ketika ini pembangkang mempunyai 17 kerusi manakala PH 19 kerusi.

Mengikut pecahan, PAS mempunyai 15 kerusi manakala UMNO pula dua kerusi, Bersatu(6), PKR (7), Amanah (4), dan DAP (2)

PH di Kedah hampir pasti berpecah apabila Timbalan Pengerusi Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir “enggan” mengiktiraf pemangku Pengerusi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Daripada sumber lain pula mendakwa tiga wakil rakyat dalam PH Kedah pro kepada Azmin.

 

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.