Jawatan kosong ‘penyiasat’

KUALA LUMPUR-Nampak kelakar tetapi sebenarnya memang jawatan kosong.

Mungkin itu boleh digambarkan dengan iklan bagi jawatan ‘penyiasat’ di Yayasan Pendidikan Maidam. (Gambar)

Iklan berkenaan dikongsi di media sosial Facebook dalam kumpulan Jawatan Kosong Profesion Agama/Islam.

Menurut maklumat pada poster tersebut, tarikh tutup bagi permohonan ialah 8 Januari lalu dengan gaji ditawarkan RM1,300.

Skop tugas bagi jawatan itu antaranya ialah menyiasat dan menyelia program agihan dana dan ia hanya terbuka kepada lelaki sahaja.

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.