Tujuh Warga Afghanistan Ditahan, Guna Visa Palsu Masuk Malaysia

AKPS

SEPANG, 18 Julai 2025 – Seramai tujuh orang warganegara Afghanistan telah ditahan oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Terminal 1, di sini, dalam dua kumpulan berasingan Kumpulan pertama tiba di negara pada pagi Ahad lepas manakala kumpulan kedua tiba pada malam Selasa.

AKPS dalam kenyataan memaklumkan, bertindak atas maklumat, pihak AKPS KLIA telah memeriksa dokumen mereka.

“Sisiasatan awal mendapati kesemua individu terbabit yang terdiri daripada lima orang dewasa dan dua kanak-kanak, telah menggunakan visa palsu dipercayai diperoleh dari Uzbekistan.

“Mereka mendakwa telah melarikan diri dari Iran sebelum menjadikan Malaysia destinasi akhir. AKPS KLIA kemudiannya mengambil tindakan tegas dengan menolak kemasukan
kesemua mereka kerana melanggar syarat imigresen dan memalsukan dokumen
perjalanan,”kata kenyataan itu hari ini.

AKPS berkata, tindakan pantas dan berkesan ini mencerminkan komitmen berterusan AKPS dalam memastikan kawalan keselamatan sempadan berada pada tahap tertinggi, serta menegaskan bahawa pintu masuk negara tidak akan dikompromi oleh sebarang cubaan migrasi tidak sah.

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.