Ibadah haji terhad pada warga Arab Saudi dan umat Islam di sana

KUALA LUMPUR– Ibadah haji pada tahun ini terhad kepada warga Arab Saudi dan warg luar yang menetap dalam negara itu sahaja.

Perkara itu disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri setelah dimaklumkan oleh kerajaan Arab Saudi.

“Pada tahun ini, ibadah haji adalah terhad kepada warganegara Arab Saudi dan warganegara luar yang berada di dalam negara tersebut sahaja. ⁣

“Beliau menyampaikan penghargaan atas kerjasama erat Malaysia – Arab Saudi khususnya dalam urusan melibatkan hal ehwal agama dan ibadah haji,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Zulkifli turut menyampaikan sanjungan penghormatan kepada Khadimul Haramain al-Sharifain Raja Salman Abdulaziz dan Kerajaan Arab Saudi atas kecaknaan kepada maslahah umat Islam di seluruh dunia bagi pelaksanaan ibadah haji pada tahun ini. ⁣

“Semoga wabak ini segera terhapus dari kedua-dua buah negara ini dan seluruh dunia amnya,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.