Ebit sedia perkhidmatan ambulans, hantar jenazah percuma

Ebit bersama van ambulans yang disediakan

KUALA LUMPUR-Pendakwah bebas Ebit Lew terus mengorak langkah ke hadapan apabila menyediakan perkhidmatan ambulans secara percuma kepada masyarakat.

Ustaz Ebit berkata, tiada sebarang bayaran dikenakan bagi mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan van tersebut.

“Syukur saya beli van di Toyota dan ubah suai di Imarah Auto. Terima kasih Abang Mizey sticker yang cantik.

“Terima kasih juga semua yang bersama kami menjayakan dan mendoakan. Semoga Allah rahmati dan terima usaha yang sedikit ini,”katanya dalam tulisan di Facebooknya hari ini.

Lebih menarik apabila pendakwah terkenal itu turut menyediakan petugas sukarelawan dan kru yang akan terlibat dalam sebarang misi bantuan.

“Doakan ya. Syukur ambulans dah siap untuk berkhidmat percuma. Tiada bayaran. Ada petugas sukarelawan dan kru akan bertugas.

“Cita-cita saya supaya dapat beri sesuatu untuk orang lain. Nasib hidup kita tak sama. Tugas kita membantu orang yang susah dan memerlukan sedaya upaya kita,”katanya.

Ebit berkata, pihaknya juga tidak akan mengambil caj perjalanan bagi penghantaran jenazah.

“Van jenazah baru ini hampir setiap hari ada orang meninggal dunia yang memerlukan dari Kuala Lumpur dihantar ke seluruh Malaysia.

“Minyak dan urusan perjalanan kami uruskan semuanya. Tiada caj kepada keluarga,” katanya.

Jika memerlukan khidmat ambulans dan van jenazah percuma untuk mereka yang tidak mampu dan memerlukan boleh hubungi 01170787900.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.