Tiga serangan hendap dilancarkan kumpulan pejuang pembebasan Patani

Antara lokasi serangan hendap siang tadi

NARATHIWAT -Pasukan keselamatan Thailand menerima kejutan apabila diserang hendap oleh tentera pejuang pembebasan PataniĀ  di beberapa lokasi hari ini.

Sekurang-kurangnya tiga serangan dilancarkan dalam usaha kumpulan pejuang menuntut wilayah Patani Darussalam kepada negara berdaulat dan merdeka.

Serangan pertama pada jam 8.30 pagi dilancarkan di Daerah Becah Airong dengan meletupkan tiga bom di tepi jalan raya utama, menyebabkan tiga pasukan keselamatan Thailand mengalami parah.

Dalam serangan kedua, seorang maut dan enam pasukan keselamatan Thailand cedera selepas diserang hendap dan terkena letupan bom di kawasan Kiar Daerah Sukirin Wilayah Narathiwat pada jam 8.40 pagi.

Bom ketiga meletup di kawasan ini yang menyebabkan seorang anggota polis Thailand hilang kedua-dua kaki

Serangan ketiga yang juga berlaku di Kiar Sukhirin menyaksikan salah seorang anggota pemusnah bom putus kedua-dua kaki selepas terpijak bom yang dipasang .

Sementara itu, Bernama melaporkan 13 cedera dan seorang maut dalam serangan hendap tersebut melibatkan anggota polis serta pasukan sukarelawan pertahanan.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.