Dr. Wan Shamsuddin meninggal dunia..

KUALA LUMPUR-Penasihat Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah ( PSMCK) Datuk Wira Dr. Wan Shamsuddin meninggal dunia petang tadi.

Perkara itu disahkan PSMCK melalui satu kenyataan di Facebook.

“Dukacita dimaklumkan bahawa, Penasihat Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah, Dato’ Wira (Dr) Wan Shamsuddin Bin Mohd Yusoff telah kembali ke rahmatullah pada petang ini di Kedah Medical Centre (KMC).

“Seluruh warga PSMCK mendoakan semoga arwah dicucuri rahmat dan segala dosa-dosa arwah diampunkan oleh Allah SWT,”katanya kenyataan.

Dr. Wan Shamsudin mempunyai jasa amat besar kepada Kedah apabila banyak menghasilkan kajian berkaitan negeri ini.

Beliau menjadi rujukan ahli akademik, pelajar, masyarakat termasuk pihak Istana Kedah.

Kami di Rentas7.com merakamkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Dr. Wan Shamsudin.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.