PATANI -Seorang pejuang pembebasan Patani maut dalam operasi pengepungan tentera Thailand, kelmarin.
Kejadian berlaku dalam kawasan kebun getah mukim Empangan Banlang Bendang Setar, wilayah Yala pada jam 5 petang.
Mangsa Muhammad Kasim Abdul Razid dilaporkan maut setelah ditembak di lokasi.
Salah satu kumpulan pejuang pembebasan Patani, Barisan Revolusi Nasional (BRN) dalam kenyataan menyatakan mangsa telah dikepung dan dizalimi oleh tentera Thailand.
Keluarga mangsa juga mendapati keadaan jenazah dalam keadaan patah leher dan patah tulang rusuk.
Keluarga mangsa pada awalnya membawa jenazah ke Hospital daerah Thonto untuk bedah siasat.
Bagaimanapun niat itu dibatalkan kerana keluarga enggan melengahkan masa untuk jenazah dikebumikan.
Muhammad Kasim pernah ditahan oleh pihak berkuasa kerana didakwa sebagai pejuang pembebasan Patani sebelum dibebaskan.
RENTAS7








Leave a Reply