Pengisytiharaan darurat oleh YDPA, stabilkan negara

Mustaffa Idrus

SUNGAI PETANI– Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) berharap kemelut politik negara diselesaikan dengan pengisytiharaan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Ketua Penyelaras PUTRA negeri Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, pelaksanaan darurat akan membolehkan perebutan kuasa yang tidak berkesudahan di negara ini diselesaikan secepat mungkin.

Menurutnya, PUTRA mencadangkan tempoh darurat dilaksanakan dalam tempoh dua tahun.

“Dengan perkenan Agong laksanakan perintah darurat selama dua tahun tahun, PUTRA yakin ia dapat stabilkan politik negara dan memulihkan ekonomi dan penularan COVID-19.

“Negara ini boleh dipacu ke arah landasan yang betul tanpa diganggu gugat sebagaimana yang sedang berlaku,”katanya pada hari ini.

Beliau berkata, sejarah telah merekod beberapa pengisytiharaan darurat oleh YDPA bagi menstabilkan negara.

“Darurat pertama disytihar YDPA ialah pada 1964, ia berlaku selepas darurat yang diumumkan kerajaan British di seluruh Persekutuan Tanah Melayu pada 1960.

“Darurat pada 1964 ini terpakai bagi seluruh Persekutuan Tanah Melayu berikutan konfrontasi Indonesia ke atas Malaysia kerana tidak bersetuju dengan penubuhan Malaysia,”katanya.

Beliau berkata,YDPA terus memainkan peranan dalam mentasbilkan politik dan negara apabila mengumumkan darurat pada 1969.

Menurutnya, Parti Perikatan yang tidak pernah kalah dalam Pilihan Raya Umum sejak 1957 gagal maraih majoriti parlimen sebelum tercetus peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

“Pada tahun 1977, sejarah merekodkan pengisytiharaan darurat yang seterusnya oleh YDPA.

“Pengisytiharaan darurat ini bagi menyelesaikan pertikaian politik yang berlaku di Kelantan,”katanya.

Beliau berkata, kuasa darurat terkandung di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara 150 (1) Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa kepada YDPA untuk mengisytiharkan darurat apabila wujud keadaan yang menyebabkan keselamatan atau kehidupan ekonomi atau kenteteraman awam di mana-mana Persekutuan atau mana-mana bahagian terancam,”katanya.

Rentas7.com

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.