Hadi Fayyadh mula latihan bersama kelab baru

Hadi telah memulakan latihan bersama kelab barunya

KUALA LUMPUR– Penyerang skuad bawah 23 tahun negara (B-23) Hadi Fayyadh Abdul Razak memulakan latihan rasmi bersama kelab barunya Azul Claro Numazu.

Berdasarkan gambar dimuat naik di Facebook rasmi kelab itu, Hadi diperkenalkan sebagai pemain yang menyarung jersi nombor 27.

Terdahulu, kelab Divisyen 3 Liga Jepun (Liga J3) tersebut mengumumkan Hadi Fayyadh Abdul Razak sebagai pemain terbaru mereka bagi mengharungi musim 2021.

Memetik Berita Harian, Hadi termasuk 10 pemain baru yang diperkenalkan dalam satu majlis di Pusat Latihan Azul Clara Nazumu di Wilayah Shizuoka Jepun.

Hadi yang dipinjamkan daripada kelab asalnya iaitu Fagiano Okayama bakal menyarung jersi nombor 27.

Hadi berkata, dia sudah tidak sabar untuk memulakan aksi bersama kelab barunya itu dan akan melakukan aksi terbaik bagi menghargai peluang diberikan.

Pemain muda negara itu juga berharap dapat mengumpul lebih banyak minit permainan.

Hadi mula berkelana ke Jepun sejak Disember 2018 dengan mutu permainannya bersama skuad B-23 negara bertambah baik.

Rentas7.com/ Foto: Azul Claro Namuzu

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.