PADANG SERAI- Pengalaman berdepan tiga misi besar amat ketika menentang pengganas komunis akan sentiasa segar dalam ingatan seorang bekas Pasukan Polis Hutan ( PPH). Bagi, Abd Manan Md Hassan, 63, erti kemerdekaan sebenar lebih bermakna apabila komunis bersetuju meletakkan senjata pada 1989. Abd Manan berkata, komunis masih mengancam keselamatan negara pada tahun 80 an walaupun negara telah diistiharkan merdeka pada 1957. ...
KUALA LUMPUR-Tugas mencegah maksiat perlu diiringi dengan niat yang betul supaya pesalah dapat kembali ke pangkal jalan. Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri menitipkan pesanan itu kepada 50 Pegawai Penguatkuasaan Agama Jabatan Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Beliau berkata, mereka akan menjalankan tugas bermula malam ini hingga pagi esok. "Pesan saya kepada mereka untuk betulkan niat dan jadikan tugas mereka ...
ALOR SETAR- Kluster baru iaitu Kluster Telaga dikesan di Kedah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini. Negeri ini mencatat penambahan satu kes positif COVID-19 di Mukim Naga dalam daerah Kubang Pasu. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster berkenaan dikenal pasti di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. "KKM ingin memaklumkan bahawa satu kluster baharu telah ...
LANGKAWI- Kawalan di perairan Langkawi diperketatkan dengan kawalan 18 Bot Penggalang 11 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kedah dan Perlis. Kesemua bot ini dilengkapi dengan senjata canggih yang diberikan nama Oto Melara. Bagi memastikan perairan Langkawi terus tidak mudah diceroboh, Bot Penggalang baru-baru ini telah melakukan ujian penembakan senjata Oto Melara dengan peluru berdiameter 12.7 milimeter (mm). Pengarah Maritim ...
KUPANG-Sebanyak RM50,000 diperuntukkan kerajaan negeri bagi memajukan Gua Air di Kampung Tok Patah sebagai produk pelancongan terbaru dalam daerah Baling. Exco Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia dan Sukan dan Pembangunan Usahawan dan Koperasi Kedah, Mohd Firdaus Ahmad berkata, peruntukan itu merangkumi infrastruktur, lampu dan beberapa lagi aspek yang bersesuaian. Beliau yang terpesona dengan keunikan dalam Gua Air turut mencadangkan nama ...
KUALA LUMPUR- Seekor anjing diwarnakan sehingga menyerupai seekor harimau oleh pihak tidak bertanggungjawab. Menerusi gambar disiarkan di halaman Facebook Persatuan Haiwan Malaysia menunjukkan badan haiwan itu diwarnakan oren dan hitam. Berikutan itu, persatuan berkenaan sedang mencari tuan kepada haiwan tersebut dan lokasi kejadian. "Hadiah misteri menanti kepada pemberi maklumat lengkap jika ianya dalam negara ini,"kata kenyataan itu malam ini. Sekalipun ...
ALOR SETAR- Kedah hanya mencatat satu kes COVID-19 hari ini. Menurut info grafik Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, satu kes berkenaan ialah di Padang Terap. "Satu kes dilaporkan untuk hari ini iaitu di Daerah Padang Terap. "Sentiasa patuh dengan arahan semasa yang dikeluarkan. "Anda semua adalah "frontliner" sekarang, kita jaga kita,"kata kenyataan di Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Kedah. Sementara itu, Jabatan ...
KUALA LUMPUR- Seorang anak terkejut apabila gambar ayahnya digunakan media arus perdana bagi laporan kematian individu lain. Lebih mengejutkan, gambar ayahnya itu dikaitkan dengan individu yang memainkan peranan utama dalam rundingan damai bagi krisis di selatan Thailand. Ammar Taha berkata, gambar digunakan portal tersebut ialah gambar ayahnya yang masih hidup. Menurutnya, portal berkenaan diminta lebih berhati-hati dalam menyiarkan laporan berita. ...
ALOR SETAR- Kedah akan mengenakan bayaran bekalan air mentah terhadap Pulau Pinang. Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, selama ini Pulau Pinang menerima sumber air dari kawasan tadahan air Ulu Muda secara percuma. Justeru itu katanya, kerajaan negeri telah menghantar surat rasmi kepada Pulau-Pinang bagi menuntut bayaran yang hanya berjumlah 10 sen bagi setiap satu meter padu air mentah. ...
SUNGAI PETANI- Kerajaan dibawah Perikatan Nasional (PN) digesa mengkaji semula cadangan untuk menambah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) atau bakal hilang kepercayaan orang Melayu. Ketua Penyelaras Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Datuk Mustaffa Idrus berkata, pembinaan lebih banyak SJKC hanya menguntungkan aliran sekolah vernakular. Menurutnya, sekiranya kerajaan tidak membatalkan cadangan berkenaan, undi kaum Melayu akan berpecah dan menguntungkan kaum lain. ...












