BALING – Ahli Parlimen Baling, YB Ustaz Hassan Saad, menegaskan bahawa pendidikan tidak boleh dilihat semata-mata sebagai soal peperiksaan, sebaliknya perlu difahami sebagai proses pembangunan insan dan pembinaan negara. Menurut beliau, sebarang kajian semula terhadap UPSR dan PMR mesti dilakukan secara menyeluruh serta berasaskan data yang kukuh, selain mengambil kira jurang ketara antara bandar dan luar bandar. “Jangan sampai niat ...
ALOR SETAR – Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) Negeri Kedah menyatakan sokongan penuh dan tidak berbelah bahagi terhadap titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menzahirkan kebimbangan serius terhadap isu pemberian taraf penduduk tetap (PR) dan kewarganegaraan di negara ini. Pengerusinya, Dato’ Dr Mustaffa Idrus menegaskan bahawa titah tersebut bukan sekadar pandangan peribadi, sebaliknya satu peringatan besar daripada ...
ALOR SETAR– Teguran tegas Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terhadap pihak yang “memakai seragam”, memegang kuasa serta membawa nama institusi tetapi gagal memelihara integriti dan maruah, disifatkan sebagai peringatan amat penting kepada seluruh penjawat awam dan anggota beruniform di negara ini. Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) Negeri Kedah menyatakan sokongan penuh terhadap titah dan teguran berkenaan, sambil ...
ALOR SETAR -Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) Negeri Kedah memandang serius isu penternakan babi secara besar-besaran yang disifatkan boleh menjejaskan imej Malaysia di mata dunia, khususnya sebagai sebuah negara yang dikenali sebagai hab makanan halal bertaraf antarabangsa. Pengerusinya, Dato’ Dr Mustaffa Idrus, berkata perkembangan tersebut menimbulkan keresahan rakyat dan mencetuskan persoalan besar mengenai hala tuju negara dalam sektor makanan dan pertanian. ...
ALOR SETAR-Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) Negeri Kedah mengecam sekeras-kerasnya satu insiden yang didakwa melibatkan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW yang tular di media sosial, sambil menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas mengikut lunas undang-undang. Pengerusinya, Dato’ Mustafa Idrus, berkata perbuatan tersebut bukan sahaja mencetuskan kemarahan umat Islam, malah berpotensi menggugat keharmonian masyarakat majmuk di negara ini, khususnya pada awal ...
BALING– Sastera Ibunda terus diangkat di bumi Baling menerusi program Semarak Bahasa 2.0 yang berlangsung di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Baling pada Sabtu lalu. Program yang memasuki tahun kedua ini menghimpunkan tiga sasterawan daripada tiga buah negara, iaitu Malaysia, Thailand, dan Singapura, dengan penyertaan seramai 30 peserta dari sekitar Baling, Kedah dan Patani Darussalam. Panel program terdiri daripada Dr Husairi ...
BALING – Semarak Bahasa 2.0 anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Baling pada Sabtu lalu, menghantar satu mesej yang jelas kepada kerajaan bahawa Bahasa Ibunda tiada penggantinya. Pengarah Program Semarak Bahasa 2.0, Ustaz Subri Yahya, berkata program itu boleh disifatkan sebagai misi serampang dua mata kerana selain melahirkan lebih ramai penulis yang berdiri atas landasan Bahasa Ibunda, ia turut menghantar mesej ...
ALOR SETAR-Timbalan Pengerusi Warisan Negeri Kedah, Dato’ Mustafa Idrus, menyatakan pandangannya bahawa masa depan politik Sabah boleh dilonjakkan ke tahap lebih stabil dan matang sekiranya wujud perkongsian kuasa antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan. Beliau menyifatkan kerjasama itu sebagai langkah terbaik demi kepentingan rakyat serta kestabilan negeri. "Cadangan tersebut lahir daripada pemerhatian terhadap kehendak rakyat Sabah yang mahu ...
KOTA KINABALU-Rakyat Sabah kini berada pada persimpangan penting dalam menentukan hala tuju negeri. Pilihan kepimpinan yang tepat adalah kunci untuk memastikan pembangunan dan kesejahteraan rakyat terus terjamin. Dalam konteks ini, Perikatan Nasional (PN) menonjol sebagai pilihan terbaik kerana rekod pentadbiran yang cekap, komitmen terhadap kebajikan rakyat, dan integriti tanpa kompromi. Negeri seperti SG4 telah menjadi contoh jelas bagaimana pentadbiran yang ...
KUALA LUMPUR -Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu Negeri Kedah (PAMM) menzahirkan rasa kesal terhadap sikap tidak beradab segelintir Ahli Parlimen yang semakin jauh daripada nilai keilmuan dan kesopanan dalam sidang Dewan Rakyat kebelakangan ini. Pengerusinya, Dato’ Mustafa Idrus, berkata Parlimen seharusnya menjadi medan berhujah secara ilmiah dan berpaksikan fakta, bukannya tempat untuk jeritan, ejekan dan sindiran yang merendahkan martabat institusi tertinggi ...













