Kedah ke Piala AFC, Perak turun tangga keempat

IPOH-Perak tewas dalam penentuan ke Piala AFC tahun depan apabila tewas 3-2 di Stadium Perak malam ini.

Keputusan itu turut menyaksikan Kedah muncul Naib Juara Liga Super CIMB Liga Super 2020 sekaligus menggenggam slot Piala AFC 2021.

Perak pula turun ke tangga keempat selepas dipotong Terengganu yang menang 2-1 ke atas Pahang.

Terengganu sebelum ini ketinggalan tiga mata di belakang Perak yang berada di tangga ketiga.

Sepanjang 95 minit masa permainan, Kedah lebih mendominasi permainan berbanding tuan rumah.

Turun memburu kemenangan ketujuh,
anak buah Aidil Shahrin Ishak terlebih dahulu dengan dua gol hasil jaringan Kpah Sherman minit ke-28 dan Fadzrul Danel minit ke-31.

Tersentak jaringan itu, tuan rumah tampil dengan permainan lebih bertenaga dan berjaya merapatkan jaringan hasil sepakan panalti Leandro Dos Santos pada minit ke-41.

Pemain import Perak itu sekali lagi menceriakan kem tuan rumah apabila tandukannya merapatkan keputusan dengan 2-2 pada masa tambahan separuh pertama.

Di separuh masa kedua, skuad bimbangan Mehmet Durakovic gagal memberikan tekanan kepada Kedah sebaliknya Lang Merah berjaya memperolehi gol ketiga melalui Renan Alves pada minit ke-63.

Corak permainan tuan rumah yang gemar dengan taktikal hantaran panjang juga dilihat mudah dibaca pasukan Kedah.

Di samping itu, penyerang prolifik Perak, Shahrel Fikri tidak berjaya mencetak gol seperti mana aksi bertemu pasukan lain.

Shahrel dikawal ketat benteng Kedah yang tidak memberikan pemain itu bergerak bebas dalam kotak panalti mereka.

Beberapa percubaan Shahrel juga tersasar dan melambung tinggi.

Keputusan 3-2 kekal hingga masa tambahan lima minit diberikan pengadil.

Rentas7.com/Foto: FA Kedah

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.