PATANI-Sebutir bom yang dipasang secara rahsia oleh kumpulan pejuang Melayu Patani mengorbankan seorang askar Thailand manakala tiga lagi parah. Kejadian berlaku di Kampung Mokngo Mayo Wilayah Patani, hari ini. Memetik sumber tempatan, kejadian berlaku ketika kumpulan tentera Thailand sedang berjalan kaki menuju ke pam air yang rosak untuk diperbaiki. Ketika sampai di lokasi, salah seorang anggota tentera terpijak sebutir bom ...

PATANI-Dua tentera Thai cedera parah selepas sebutir bom meletup di atas rel kereta api Chenak hari ini. Akibat letupan itu, salah seorang anggota putus kaki. Kedua-dua anggota dari unit pemusnah bom (EOD) sebelum itu diarah ke lokasi selepas sebutir bom meletup di kawasan tersebut semalam. Setakat kini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab di atas serangan itu. RENTAS7 ...

PATANI-Dua anggota kumpulan pejuang pembebasan Patani terkorban hari ini. Kedua-dua anggota kumpulan BRN disahkan maut selepas bertempur dengan ratusan tentera Thailand. Difahamkan, sebelum itu tentera Thai terlebih dahulu melakukan serangan hendap ketika dua anggota berkenaan sedang beristirehat. Pertempuran berlaku di Kampung Bango Jingo Wilayah Menara. Tentera Thai terus menerima tekanan hebat daripada kumpulan Melayu Patani yang mahu menuntut kemerdekaan  negeri ...

PATANI- Penduduk Kampung Nakho Hilir yang mempunyai masalah kesihatan menjalani pemeriksaan kesihatan percuma hari ini. Pemeriksaan oleh kakitangan hospital kerajaan itu diadakan di kampung berkenaan . Program itu bertujuan memudahkan penduduk untuk menyemak tahap kesihatan mereka tanpa perlu pergi ke hospital yang terletak di luar kawasan kampung. Rata-rata yang hadir terdiri daripada warga emas termasuk golongan muda.   RENTAS7 ...

PATANI- Empat tentera kerajaan Thailand cedera selepas trak dinaiki mereka terkena bom yang dipasang oleh pejuang Nasional Patani. Kejadian berlaku pada jam 9 pagi waktu tempatan, hari ini. Bom itu ditanam di tepi lebuh raya di Kilometer 418 Wilayah Patani. Keempat-empat anggota berkenaan adalah tentera hitam dari Kem 4304.   RENTAS7 ...

PATANI- Sebanyak satu juta baht (RM124,751) diinfakkan rakyat selatan Thailand kepada mangsa banjir di Malaysia. Memetik Bernama pada 29 Disember lalu, hasil kutipan itu dikumpul secara dalam talian, satu iniastif dilakukan pendakwah muda Asari Lateh bersama beberapa penceramah lain. Terdahulu, Asari menyerahkan replika cek kepada wakil TV3 Tuwaedaniya Muhammad Ridzuan di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla. Masyarakat Islam Patani ...

PATANI- Dua pejuang kumpulan kemerdekaan Patani maut dalam pertempuran dengan tentera Thailand di Mukim Paku pada 24 Disember lalu. Mangsa syahid bernama Zakaria Syamsudin dan Adnan Yahya. Menurut media tempatan , pertempuran bermula jam 1.00 petang waktu tempatan selepas ratusan tentera mengepung kawasan Kampung Bukit Tanah Mukim Paku daerah Thunyang. Pertempuran berlanjutan sehingga jam lapan malam. Jezanah kedua-dua syuhada dikebumikan ...

NARATHIWAT- Dua lelaki tempatan ditahan askar Thailand hari ini. Ruslan Mani dan Fahmi Tahu ditangkap di kawasan Kucing Daerah Ratget Wilayah Narathiwat pada jam 4.30 petang. Operasi menangkap dua pemuda itu melibatkan sepasukan tentera dengan kekuatan 20 buah kenderaan. Dua motosikal milik lelaki berkenaan turut dirampas.   RENTAS7/ FOTO: T.I.N ...

NARATHIWAT-Seorang anggota tentera cedera dalam satu kejadian serangan bom di jalan raya Kubag Badak Mukim Marbotok Daerah Yingo. Kejadian berlaku pada 10.50 pagi waktu tempatan pada semalam Tidak dapat dipastikan motif sebenar kejadian dan pelaku serangan. RENTAS7 ...

PATANI-Ratusan penduduk sanggup menunggu hampir 24 jam untuk kebumikan jenazah anggota kumpulan kemerdekaan Patani. Jenazah Ismail Matnuh, 59, ditunggu penduduk kampung sejak jam 9 malam tadi. Mangsa dilaporkan maut dalam siri pertempuran dengan kumpulan tentera kerajaan. Syuhada itu maut di kawasan Air Yeng Mukim Sisakon Daerah Sisakon di Wilayah Narathiwat selepas berlaku pertempuran antara kumpulan kemerdekaan Patani dengan tentera pada ...