KUALA LUMPUR , MALAYSIA– Dalam rayuan kuat kepada masyarakat global, Kementerian Luar Negeri Sudan menggesa tindakan antarabangsa segera untuk menghentikan keganasan militia Janjaweed yang semakin meningkat di wilayah Timur Al-Jazirah dan Al-Butana. Kenyataan itu, yang dikeluarkan melalui Pejabat Jurucakap dan Direktorat Media, dibuat ketika Sudan menghadapi salah satu krisis kemanusiaan yang paling teruk, dengan laporan pembunuhan beramai-ramai dan pembersihan etnik ...

PATANI -Seorang pejuang pembebasan Patani maut dalam operasi pengepungan tentera Thailand, kelmarin. Kejadian berlaku dalam kawasan kebun getah mukim Empangan Banlang Bendang Setar, wilayah Yala pada jam 5 petang. Mangsa Muhammad Kasim Abdul Razid dilaporkan maut setelah ditembak di lokasi. Salah satu kumpulan pejuang pembebasan Patani, Barisan Revolusi Nasional (BRN) dalam kenyataan menyatakan mangsa telah dikepung dan dizalimi oleh tentera ...

PATANI- Bas yang membawa sepasukan polis Thailand diserang hendap pasukan pembebasan Patani. Kejadian 27 September lalu itu berlaku pada jam 3.40 petang di lebuh raya Narathiwat-Patani. Serangan menggunakan bom itu menyebabkan bas berkenaan terbabas ke dalam parit, mengakibatkan empat anggota polis berpangkat sarjan parah. Anggota terlibat dikenali sebagai Sarjan Noppakul Namsiltanasart, Sarjan Kajuranpun Pitkul, Sarjan Damnernyut Sangapu dan Sarjan Supavit ...

PATANI-Setelah enam hari bertempur dengan tentera dan polis Thailand, tiga anggota kumpulan pejuang pembebasan Patani akhirnya mati syahid. Ketiga-tiga yang syahid dikenali sebagai  Ismail Jalek, Tuan Adel Manik dan Robi Wan Samael. Mereka disahkan meninggal dunia oleh pihak berkuasa Thailand pada pagi semalam ( 1 Ogos 2024). Pertempuran di Kampung Gelong Gajah Mukim Naket Daerah Khokpho bermula 27 Julai lalu ...

PATANI-Pertempuran sengit kumpulan Barisan Revolusi Nasional (BRN) dengan pihak tentera dan polis Thailand di Kampung Gelong Gajah Mukim Nat Daerah Khokpho masuk hari keempat hari ini ( 30 Julai 2024). Kesukaran tentera dan polis kerajaan menawan kumpulan berkenaan membawa kepada pengepungan sejak hari pertama pertempuran. Pihak berkuasa memastikan tiada sebarang makanan atau alatan termasuk senjata dan peluru dibawa masuk ke ...

  KUALA LUMPUR -Tiga bayi kembar Palestin berusia lapan bulan hanya seberat dua kilogram kesan tindakan ganas rejim Zionis memerangi serta menyekat bantuan makanan kepada rakyat Palestin. Bayi didukung ibunya itu kelihatan ringan seperti anak patung dan menanti menjadi korban seterusnya. "Saya mempunyai tiga orang bayi yang berusia lapan bulan. Berat mereka hanyalah dua kilogram. "Saya juga bersama anak abang ...

KUALA LUMPUR -Setelah banyak produk pro Israel lumpuh diboikot oleh rakyat Malaysia, kini giliran Lotuss milik Thailand pula menerima nasib sama. Kempen memboikot Pasaraya Lotuss kini bertebaran luas di media sosial milik rakyat Malaysia berikutan tindakan Thailand menyokong Rejim Israel Zionis membunuh rakyat Palestin. Pada hujung Disember 2020, Tesco Group UK telah menjual operasinya di Thailand dan Malaysia kepada konglomerat ...

NARATHIWAT -Pasukan keselamatan Thailand menerima kejutan apabila diserang hendap oleh tentera pejuang pembebasan Patani  di beberapa lokasi hari ini. Sekurang-kurangnya tiga serangan dilancarkan dalam usaha kumpulan pejuang menuntut wilayah Patani Darussalam kepada negara berdaulat dan merdeka. Serangan pertama pada jam 8.30 pagi dilancarkan di Daerah Becah Airong dengan meletupkan tiga bom di tepi jalan raya utama, menyebabkan tiga pasukan keselamatan ...

PATANI-Umat Islam Patani Darussalam akan menyambut Ramadan pada Selasa ini umum Pejabat Sheikhul Islam Thailand. Pejabat itu memaklumkan tiada anak bulan kelihatan ketika proses pencerapan hilal Ramadan di lokasi-lokasi terbabit ketika Maghrib tadi. Selain Patani, semua wilayah dalam Thailand juga akan menyambut Ramadan Selasa ini sama seperti Malaysia dan Brunei. RENTAS7 ...

PATANI- Dua anggota polis sempadan Thailand parah selepas diserang hendap oleh pasukan pejuang kemerdekaan Patani dalam kejadian di Kampung Besu, Daerah Thanto Wilayah Yala semalam. Kejadian berlaku pada jam 3.15 petang itu melibatkan dua orang leftenan bernama Thanakrit chaihaow dan Watchari Mayachiew. Mereka telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. Dalam perkembangan berasingan, pihak kerajaan Thailand telah memanggil 40 aktivis ...