Buahan-buahan seludup RM102,600.00 dirampas

Buahan-buahan ini dibawa masuk dari Indonesia

TAWAU– Buah-buahan seludup bernilai RM102,600.00 dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) pada 28 Februari lalu.

Muatan tersebut dibawa masuk dari Indonesia ke Sabah menggunakan sebuah bot jongkong.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superintendan Mohd Nazari Ismail berkata, bot jongkong itu ditahan di perairan laut Simpang Tiga, Pulau Sidam Tawau menerusi Op Gelora Khas.

Menurutnya, hasil pemeriksaan terhadap muatan berkenaan menemukan kotak kayu berisi buah jenis mangga, avacado, buah naga dan limau kasturi.

” Jongkong yang dijuragani oleh seorang warga tempatan berusia 20-tahun bersama seorang krew itu gagal mengemukkan sebarang dokumen dan surat kebenaraan dari jabatan pertanian untuk membawa masuk buah-buahan berkenaan.

” Nilai anggaraan rampasan buah-buahan berkenaan berjumlah RM102,600.00. Jongkong dan juragan serta barang rampasan dibawa ke Pangkalan Polis Marin Tawau untuk tindakan selanjut,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Enakmen Peraturan Kuarantin Tumbuhan (Import dan Eksport) 1981.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.