Bangunkan aplikasi online di kawasan pendalaman

BALING- Penularan wabak COVID-19 memberi pengajaran bahawa sudah tiba masanya pembelian atas talian (online) perlu digunakan secara menyeluruh termasuk di kawasan pendalaman.

Setiausaha Kelab Usahawan Anak Baling (KUAB), Mohd Zaid Ab Mokti berkata, urus niaga online lebih mudah malah menyelematkan banyak nyawa dari terdedah risiko jangkitan virus.

“Mungkin boleh dibangunkan sebuah aplikasi seperti Food Panda namun khusus membeli sayuran, ikan dan sebagainya

“Contohnya di Baling dicipta satu aplikasi Khas bagi mudahkan urusan jual beli penduduk. Begitu juga kawasan-kawasan lain,”katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, KUAB mencadangkan transaksi bayaran melalui aplikasi itu menggunakan kad debit.

“Transaksi online itu menggunakan kad, hanya sentuh sahaja pada alat disediakan oleh pihak penghantar barangan.

“Ia menjadi satu cabaran untuk mencipta aplikasi seperti itu. Paling utama perlu diberikan perhatian sebelum kaedah ini diguna pakai ialah meningkatkan kualiti tahap jalur lebar di semua kawasan,”katanya.

Mohd Zaid berkata, menggunakan kad tersebut, transaksi juga mempunyai rekod pembelian berbanding tunai

“Jika tunai, ia tiada rekod. Kita tidak tahu ke mana duit itu pergi dan masuk. Menggunakan sistem ini, rasuah-rasuah juga boleh dielakkan.

“Mungkin kerajaan boleh fikirkan penggunaan aplikasi ini untuk penjawat awam terlebih dahulu sebelum diperluas di kampung-kampung,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.