BALING– “Angin tak ada, ribut pun tak ada, tiba-tiba pokok tumbang hempap rumah,” kata Sharifah Mor Syed Husin,52, dari Kampung Sadek.
Kejadian pada 6.30 petang semalam meranapkan bumbung di bahagian ruang tamu dan bumbung sebuah bilik akibat ditimpa pokok kelapa tua mengakibatkan kerugian dianggarkan ribuan ringgit.
Sharifah berkata, rumah berkenaan dihuninya bersama empat orang anak berumur 13 sehingga 20 tahun.
Ketika kejadian katanya, mereka berbual di halaman rumah sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman yang sangat kuat.
“Selalunya kami tonton televisyen di ruang tamu, tapi mujurlah semalam saya dan anak-anak berbual depan rumah.
“Ketika bersembang kami dengar sesuatu dari arah belakang rumah, tiba-tiba saja kedengaran bunyi hentaman yang amat kuat,”katanya.
Katanya, mereka amat terkejut sebaik melihat keadaan di dalam rumah.
“Masuk ja rumah kami tengok batang pokok kelapa dan berada dalam rumah. Atap pula berlubang dan jatuh berselerak.
“Tapi apapun saya bersyukur kerana nyawa kami semua selamat,”katanya.
Terdahulu, keluarga tersebut dikunjungi wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Hassan Saad bersama Setiausaha Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kupang, Mohd Sabri Abu Bakar.
Rentas7.com
Leave a Reply