Dua maut, tiga parah, lapan cedera, selatan Thai bergegar serangan 7 Ramadan

Keadaan di lokasi selepas serangan mengejut pada malam ini

NARATHIWAT – Dua anggota sukarelawan keselamatan Thai maut, tiga parah dan lapan cedera dalam serangan berdarah di ibu Pejabat Daerah Sungai Golok malam ini. ( 8/3/2025).

Pos sukarelawan di kawasan ibu Pejabat Daerah Sungai Golok dikejutkan dengan serangan bersenjata bertubi-tubi mengakibatkan pos dan bangunan kerajaan berkenaan mengalami kemusnahan teruk.

Menurut sumber, penyerang menaiki sebuah pikap D- Max melepaskan tembakan ke arah sasaran dan melempar lima biji bom tangan.

Anggota sukarelawan yang masih hidup dikejarkan ke hospital dalam keadaan melecur teruk.

Orang ramai yang berada di kawasan sekitar serangan lari bertempiaran menyelamatkan diri selepas tiba-tiba terkejut dengan bunyi bedilan dan letupan kuat.

 

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.