Maklumat Bocor Saat Akhir, Kumpulan Pejuang Batalkan Pertemuan

PATANI-Kumpulan pejuang tidak gembira dengan kebocoran maklumat yang didedahkan oleh seorang vateran wartawan Patani dalam siaran langsung di saluran media sosial miliknya.

Menurut pemimpin kumpulan enggan dikenali, vateran berkenaan mendedahkan kepada umum tentang mesyuarat khas melibatkan semua kumpulan pejuang Patani di sebuah lokasi.

Menurutnya, pertemuan yang bakal menentukan beberapa misi dan visi melibatkan masa depan Patani itu sepatutnya berlaku pada Oktober lalu.

“Sebagai seorang rakyat yang faham dan bersimpati dengan perjuangan rakyat Patani, beliau (vateran wartawan) tidak sepatutnya mendedahkan kepada umum.

 

“Apa dilakukan individu terbabit amatlah dikesali dan tidak sepatutnya berlaku,”katanya yang dipetik daripada sumber Patani.

Beliau berkata, hal berkenaan telah diselesaikan dengan individu terbabit telah diberikan teguran.

“Veteran wartawan ini belum dapat membeza diantara mana majlis yang perlu dirahsiakan dan yang mana perlu dihebohkan,”katanya.

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.