KUALA LUMPUR-PAS menuntut parti-parti politik yang diberikan amanah untuk membentuk Kerajaan Baginda yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin diberikan sokongan padu.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ia bagi membolehkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri itu berfungsi dengan baik dan efektif.
“PAS merafakkan setinggi-setinggi junjung kasih ke hadapan KDYMM Yang di-Pertuan Agong atas kebijaksanaan dan langkah berhikmah Baginda menyelesaikan sebarang kemelut termasuklah politik, sehingga berjaya membawa kepada ketenangan, keharmonian dan kestabilan negara,”katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, PAS yakin Baginda telah bertindak berdasarkan segala kuasa pregogatif dan budibacara sebagaimana yang diperuntukan oleh Perlembagaan dan undang-undang negara atas konsep Raja Berpelembagaan.
“Jumlah Kabinet yang dianggotai oleh parti-parti BN, PN, GPS, PAS dan GRS mestilah bertindak secara kolektif dan bertanggungjawab dengan memberikan keutamaan dan fokus kepada kesejahteraan rakyat.
“Terutamanya di era sukar di mana semua pihak berusaha bertungkus lumus bagi menangani penularan pandemik COVID-19 serta langkah memulihkan ekonomi negara yang teruk terjejas,”katanya.
Rentas7.com
Leave a Reply