Meskipun turun dengan prestasi yang tidak menentu, Vietnam tetap mempunyai kelebihan besar untuk melangkah ke Piala Asia 2027.
Meskipun sekadar di tangga kedua kumpulan, peluang mereka ke pentas akhir sangat cerah, lebih-lebih lagi apabila Malaysia berdepan kemungkinan dipotong enam mata susulan kes pemain warisan yang masih belum diputuskan AFC.
Tidak masuk akal sekiranya skuad kebangsaan yang telah didapati bersalah menurunkan tujuh pemain tidak layak oleh FIFA, terus kekal tanpa sebarang hukuman pemotongan mata.
Mungkinkah tanpa 7 pemain warisan sekalipun, Malaysia sebenarnya boleh menewaskan Vietnam di Bukit Jalil pada pertemuan pertama?
Segalanya sudah terlambat.
Tindakan FAM membawa kes ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) mungkin sekadar penyedap hati penyokong.
Seperti manis-manis yang ditunggu, rupanya pahit yang datang.
RENTAS7/ FOTO: VFF








Leave a Reply