Kelab bola sepak Rusia lamar Khabib

Khabib akan bergelar pemain profesional jika terima tawaran kelab berkenaan

KUALA LUMPUR-Kelab Divisyen 3 Rusia, FC menawarkan tempat kepada ikon Kejohanan Pertarungan Unggul (UFC),Khabib Nurmagomedov .

Memetik laporan Utusan Online, Khabib,32 bakal bergelar pemain profesional sekiranya menerima tawaran itu.

Tawaran itu hadir selepas Khabib menunjukkan skil ketika berada di Dubai, Emeriah Arab Bersatu (UAE).

Khabib dilaporkan sering berseloroh mahu bertukar karier sebagai pemain bola sepak.

Sementara itu, Kamaz dalam kenyataan di Instagram berkata, kelab itu kini sedang berusaha untuk layak ke Divisyen kedua Russian Football National League (FNL).

“Kami bersedia menawarkan sijil kepada Khabib. Jika semua berjalan lancar, anda hanya perlu memberi tahu tarikh menyertai pasukan ini,”kata kelab itu.

Khabib yang mencatatkan kemenangan 29-0 tanpa tewas dalam UFC mengumumkan persaraaran dari sukan seni bela diri campuran (MMA) pada Oktober tahun lalu.

Meskipun telah bersara, banyak pihak yang mengharapkan petarung hebat itu kembali ke pentas UFC.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.