UMNO Baling kena ‘checkmate’, ramai ahli masuk PN lagi beberapa jam nak mengundi

Kemasukan Paktam menyebabkan UMNO Baling kehilangan individu cukup berpengaruh

BALING– UMNO Baling menerima ‘checkmate’ menjelang proses pilihan raya beberapa jam lagi apabila orang kuat mereka keluar parti beramai-ramai dan menyertai Perikatan Nasional (PN).

Salah seorang mereka ialah orang kuat kepada bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dikenali sebagai Pak Tam.

Pak Tam juga adalah rakan baik kepada calon UMNO DUN Bayu, Datuk Ishak Mat.

Menurut Facebook milik Megat Zulkarnain, Pak Tam keluar UMNO bersama ahli keluarga dan anak-anak buahnya seramai 21 orang.

“Kini secara rasmi keluar UMNO dan masuk PAS bersama isteri, tiga orang anak serta anak-anak buah beliau seramai 21 orang.
“Ramai lagi kawan-kawan Paktam akan masuk PAS selepas PRN,”katanya.

Beliau berkata, sebab utama Pak Tam keluar UMNO kerana membantah tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berpakat dengan DAP dan PH.

Paktam menyerahkan borang keahlian PAS kepada Ustaz Hassan Saad

Selain itu katanya, kegagalan Kerajaan Pusat menangani kenaikan harga barang, kos sara hidup semakin teruk termasuk bil TNB semakin naik menjadi punca Pak Tam enggan bersama UMNO.

“Paktam menyokong MB Kedah, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor kerana luluskan permohonan tanah kepada rakyat kedah 7000 lebih serta usaha MB Kedah menutup kedai judi di Kedah,”katanya.

Borang keahlian PAS telah diserahkan Paktam kepada Yang Dipertua PAS Kawasan Baling merangkap Ahli Parlimen Baling, Ustaz Hassan Saad.

Kemasukan beramai-ramai ahli UMNO kepada PN di Baling bukanlah perkara baru bahkan sudah ramai ahli parti itu menyerahkan borang keahlian PAS.

RENTAS

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.