Tiada solat Aidilfitri di masjid tahun ini

Tahun lalu jemaah masih dibenarkan bersolat Aidilfitri di masjid

PATANI– Tiada solat sunat Aidilfitri di masjid di tiga wilayah selatan Thailand iaitu Narathiwat, Yala dan Patani.

Langkah itu diambil pihak kerajaan dalam usaha mencegah penularan wabak COVID-19.

Thailand berdepan peningkatan kes COVID-19 sejak kebelakangan ini, kematian membabitkan kanak-kanak dan golongan muda turut direkodkan.

Umat Islam di tiga wilayah tersebut menunaikan solat sunat Aidilfitri di rumah masing-masing bersama keluarga.

Ziarah Aidilfitri termasuk mengunjungi kubur turut dilarang.

Ketika Thailand berjaya mengawal hampir sepenuhnya penularan wabak COVID-19 tahun lalu, tiada sekatan beribadah di masjid dikenakan termasuk solat sunat Aidilfitri.

Sebaliknya jemaah hanya tertakluk dengan prosedur operasi standard (SOP) yang diamalkan di kebanyakan negara.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.