Polis Thailand rampas senjata besar-besaran

PATTANI-Polis merampas 165 pucuk pistol, 1,147 butir peluru, serta bahan membuat bom di tujuh lokasi berasingan, baru-baru ini.

Lokasi terbabit ialah di Pattani, Narathiwat, Yala, Songkhla, Satun, Terang dan Pattalung.

Memetik laporan media Thailand, polis turut merampas beberapa senjata lain antaranya AK-47 dan M16.

Laporan itu bagaimanapun tidak menyatakan lokasi penemuan secara terperinci.

Senjata dirampas pihak berkuasa Thailand (kreadit Nation Photo)

Rampasan itu dibuat bagi memastikan tahap keselamatan terkawal sempena festival Loi Krathong yang berlangsung hari ini.

Sumber: Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.