Perak jatuh Liga Perdana

KUALA LUMPUR– Perak sah tersingkir ke Liga Perdana 2022 selepas tewas kepada Melaka United 2-1 di tempat lawan malam ini.

Pasukan pelawat gagal mempertahankan satu gol di separuh masa pertama yang dijaringkan Sergio Aguero menerusi sepakan panalti pada minit ke-30.

Tuan rumah menghasilkan gol pada minit ke -66 melalui Manuel Ott sebelum mengesahkan kemenangan minit ke-77 hasil jaringan Sony Norde.

Perak yang berada di tangga kedua tercorot kini hanya mengumpul 13 mata daripada 22 perlawanan.

Lebih buruk, Perak tersingkir ke Liga Perdana pada tahun ke-100 sambutan kelab berkenaan.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.