NGO Kedah pertahan usaha Ustaz Ebit Lew

Mustaffa Idrus

ALOR- SETAR-Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM) memuji usaha dakwah dan bantuan daripada penceramah, Ustaz Ebit Lew (UEL) terhadap penduduk negeri ini.

Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus berkata, usaha UEL membantu golongan asnaf sukar dilakukan pihak lain dan sewajarnya bantuan pendakwah itu dihargai.

“PAMM mewakili rakyat Kedah mengucapkan jutaan terima kasih kepada UEL datang dari jauh hingga ke Alor Setar semata-mata prihatin dengan nasib penduduk.

“Kami berharap pihak ustaz tidak patah semangat dalam melakukan kerja-kerja dakwah dan kebajikan yang bukannya mudah untuk dilaksanakan,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mustaffa berkata, tetapi malangnya ada individu daripada sebuah parti membuat posting Facebook seoalah-olah UEL mengundang fitnah kepada pihaknya kerana tidak menyalurkan bantuan melalui mereka.

“PAMM dan seluruh rakyat Kedah amat malu dengan posting individu berkenaan. Lelaki itu sepatutnya berterima kasih bukan mengkritik,”katanya.

Terdahulu, individu berkenaan membuat posting mengkritik Ustaz Ebit Lew secara terbuka di Facebook.

Bagaimanapun individu berkenaan telah memadam posting berkenaan akibat dikecam netizen yang mempertahankan usaha murni UEL.

Mustaffa berkata, individu terbabit dan majikannya seharusnya malu kerana kebajikan rakyat Kedah diberikan perhatian pihak luar.

“Individu dan majikannya seharusnya malu dan bersyukur. Mereka ada kuasa tapi tak mampu melakukan seperti mana pihak lain bekerja.

“Janganlah 24 jam, siang dan malam kamu nak berpolitik sehinggakan niat baik orang lain pun dipertikaikan,”katanya.

Semalam, UEL hadir bersama krunya hadir di Kampung Derga bagi membantu keluarga Pak Ishak yang hidup dalam kedhaifan.

Mereka berjaya memujuk Pak Ishak pindah daripada tempat tinggal kurang selesa ke sebuah rumah baru yang disewa sendiri oleh UEL.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.