KUALA LUMPUR– Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang masalah kesihatan rakan sejawatnya dari Indonesia sebelum disanggah oleh negara jiran itu adalah tindakan yang janggal dan memalukan.
Anwar Ibrahim mendakwa Presiden Indonesia, Probowo Subianto mengalami demam selepas pertemuan mereka pada 23 Disember di Pulau Langkawi tidak berlaku seperti dijadualkan.
Kenyataan Anwar kemudian dinafikan oleh Setiausaha Kabinet Indonesia, Teddy Indra Wijaya.
Teddy menurut laporan Kompas menyatakan kesihatan Prabowo sihat selepas menghadiri beberapa buah mesyuarat di Kaherah.
Berita Rmol.Id Republik Indonesia melaporkan, Teddy memaklumkan pembatalan Prabowo ke Malaysia kerana memiliki keperluan penting di Jakarta dan kondisi pemimpin itu baik-baik sahaja.
Media-media Indonesia menyiarkan berita yang sama iaitu Prabowo tidak mengalami masalah kesihatan.
Komunikasi Anwar Ibrahim dalam memaklumkan pembatalan pertemuan itu sangat lemah, dangkal dan tidak sewajarnya terjadi.
Anwar sebagai pemimpin negara yang tidak mempunyai kaitan dengan Indonesia tidak berhak menyentuh masalah kesihatan pemimpin negara lain.
Sekiranya pun benar seperti disebutkan, seorang perdana menteri berlainan negara tidak wajar menjadi ‘tukang umum’ masalah negara lain.
Setiap negara mempunyai polisi, kementerian, pelaksanaan dan cara tersendiri dalam mengumum atau menguruskan hal-hal bersangkut kepimpinan dan pentadbiran mereka.
Kenyataan dari sisi negatif kepada pemimpin negara luar boleh boleh dianggap sebagai melanggar protokol dan boleh mengeruhkan hubungan dua hala Malaysia dan Indonesia.
Kenyataan janggal dan kurang cermat itu juga boleh memberikan kesan kepada ekonomi, kestabilan dan keamanan politik Indonesia.
Perdana Menteri perlu belajar lebih berkaitan hubungan diplomatik, komunikasi dan pengurusan pentadbiran supaya bukan saja tidak mencemarkan imej Malaysia tetapi imej negara lain.
RENTAS7








Leave a Reply