Hebah Ramadan masih banyak guna cara manual di Patani Darussalam

Seorang imam menyampaikan ilmu berkaitan solat Tarawih selepas solat Isya' di sebuah masjid di Patani malam ini

PATANI-Umat Islam di Patani akan mula berpuasa esok setelah cerapan anak bulan yang dilakukan pihak berautoriti petang tadi mengesahkan kelihatan hilal Ramadan.

Cuaca yang baik sejak pagi membantu proses pencerapan berjalan dengan lancar.

Justeru, semua surau dan masjid di Patani Darussalam mula menunaikan solat Tarawih pada malam ini.

Uniknya, pengumuman bahawa esok bermula puasa kebanyakannya dihebahkan melalui corong masjid dan surau selepas solat Maghrib sebagai tanda bermulanya Ramadan.

Suasana di Patani yang berada dalam negara Siam menyebabkan Ramadan tidak dihebahkan secara besar-besaran di televisyen atau radio siaran perdana seperti di kebanyakan negara Muslim.

Maka, proses pengumuman puasa banyak dilakukan secara manual termasuk melalui hebahan di media sosial supaya umat Islam tidak terlepas daripada menunaikan kewajipan tersebut.

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.