Harun Abd Ghani diiringi bagaikan wira

Ratusan penduduk hadir memberi penghormatan terakhir

PATANI – Jenazah Harun Abd Ghani diiringi ke tanah perkuburan bagaikan seorang perwira .

Harun dikebumikan di Tanah perkuburan Islam Telok Delong Mukim Peta, semalam.

Ratusan penduduk memberi penghormatan dengan mengiringi jenazahnya ke kawasan perkuburan untuk disemadikan.

Syuhada berusia 25 tahun itu dilaporkan meninggal dunia di Hospital Wilayah Yala pada 4 November lalu selepas diserang COVID-19 di dalam penjara.

Memetik media tempatan, Abdul Ghani dipenjarakan tiga tahun lalu.

Allahyarham dikatakan disuntik vaksin di dalam penjara dua bulan lalu.

Menurut doktor seperti dilaporkan, mangsa mengalami parah di paru-paru dan kesemuanya organnya telah rosak.

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.