Dato’ Mustaffa kekal kendudukan Naib Presiden BARA
Posted byrentas7
October 14, 2025
October 14, 2025
Dato' Mustafa kanan bergambar bersama
YB Dato Faizal Ramli exco Kerajaan Negeri Sembilan, YB Dato' Faizal Ramli ( tengah)
SEREMBAN– Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan BARA Malaysia yang berlangsung di Hotel Sutera, Seremban Dua pada 11 Oktober lalu menyaksikan pemilihan semula barisan kepimpinan tertinggi pertubuhan tersebut bagi penggal baharu.
Dalam pemilihan yang diadakan secara tertib dan demokratik itu, Dato’ Mustaffa Idrus berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai Naib Presiden BARA Malaysia setelah mendapat kepercayaan penuh daripada para perwakilan.
Menurut Dato’ Mustaffa dalam ucapannya, mesyuarat kali ini merupakan tahun ketiga Mesyuarat Agung Tahunan NGO BARA Malaysia yang turut melibatkan sayap wanita pertubuhan tersebut.
Presiden BARA Malaysia Tuan Haji Anas Sudin Menyampaikan cendera hati kepada YB Dato Faizal dalam satu program BARA baru-baru ini
“Kita dalam NGO BARA sentiasa berpegang kepada perlembagaan, di mana setiap tiga tahun sekali diadakan pemilihan bagi jawatan tertinggi daripada Presiden sehinggalah ke Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (AMPT),” jelas beliau.
Beliau turut menegaskan bahawa proses pemilihan kali ini berjalan dengan penuh semangat demokrasi, di mana setiap ahli mempunyai hak untuk bertanding.
“Setakat ini, tiada pencalonan yang mencabar penyandang jawatan Ketua Wanita, Timbalan, Naib 1, Naib 2 serta 20 AJK. Namun, sekiranya berlaku pertandingan, ia akan dijalankan secara telus dengan sistem satu ahli satu undi, diikuti proses pengundian terbuka dalam mesyuarat,” katanya.
Tambah beliau lagi, selepas keputusan rasmi diumumkan, pemenang bagi setiap jawatan akan melantik Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan serta Ketua Biro Biro yang baharu bagi memperkukuh struktur organisasi.
Dato’ Mustaffa turut merakamkan ucapan penghargaan kepada semua ahli yang hadir dan memberi kepercayaan kepadanya untuk terus menyandang jawatan Naib Presiden.
“Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengundi saya dan memberi kepercayaan untuk terus menyandang jawatan Naib Presiden.
Dato’ Mustaffa bergambar kenangan bersama Datuk Mustafa Kamal Ayub Pengerusi Usahawan Malaysia merangkap Pengerusi INSKEN, YB Datuk Faizal Ramli Exco Kerajaan Negeri Sembilan dan AMPT BARA Malaysia di Majlis Perasmian Seminar Usahawan & Pelancaran Koperasi BARA Malaysia BHD Dan Perhimpunan Agung Kali ke 3 Pertubuhan BARA Malaysia pada 11 Oktober lalu
“Insya-Allah, saya akan terus berjuang bersama keluarga besar BARA demi memperkukuhkan perjuangan pertubuhan ini dalam membela kebajikan rakyat dan memperkasakan semangat kesukarelawanan,” katanya.
Beliau menegaskan bahawa kemenangan ini bukan sekadar penghormatan, tetapi tanggungjawab besar untuk terus berkhidmat dengan penuh keikhlasan dan amanah.
Dato’ Mustaffa menambah bahawa BARA Malaysia akan terus menjadi rakan strategik kepada kerajaan dalam membantu rakyat yang memerlukan, terutamanya ketika berlakunya bencana alam dan situasi kecemasan di lapangan.
“BARA akan sentiasa tampil membantu rakyat yang susah, berada di barisan hadapan ketika bencana alam, dan terus menyokong dasar-dasar kerajaan yang memberi manfaat kepada rakyat.
“Kita akan memperkukuh jaringan kerjasama dengan agensi kerajaan, NGO serta masyarakat setempat bagi memastikan bantuan dan sokongan dapat disalurkan dengan cepat dan berkesan,”katanya.
Sementara itu, Presiden Bara Malaysia, Tuan Hj Anas Sudin berkata, BARA sentiasa berada dipersada negara dan di tangani dengan betul dan berwawasan demi bersama menbantu rakyat dan demi masa depan yang terus mencabar ini.
“Jauhi dari memporak peranda dan memecahkan masyarakat.!
“Kita BARA akan terus menyokong kerajaaan walau pun berlaku pertukaran sekali pun kita akan tetap menyokong siapa pun kerajaan,”katanya.
Leave a Reply