Cuba tutup bangkai gajah dengan daun pisang?

KUALA LUMPUR –Skuad kebangsaan melonjak lima anak tangga dalam ranking terbaharu FIFA, memintas seteru utama Indonesia dan kini menghampiri musuh tradisi, Vietnam.

Tapi di sebalik kegembiraan itu, badai besar sedang membayangi bola sepak negara.

Beberapa aduan rasmi didakwa telah dikemukakan oleh Vietnam dan Nepal kepada FIFA, seperti dilaporkan media serantau, berhubung status tujuh pemain warisan yang mewakili Malaysia.

Aduan itu kini diibaratkan bom jangka yang menunggu masa untuk meletup, berpotensi mengubah seluruh landskap bola sepak kebangsaan.

Sidang media yang diadakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam gagal memberikan penjelasan menyeluruh kepada rakyat tentang status sebenar pemain-pemain berkenaan, sama ada sah dari segi peraturan FIFA atau sebaliknya.

FAM ketika ini dilihat jadi mangsa untuk ‘mencuci taik’ daripada tangan-tangan pihak yang bersembunyi di sebalik tabir. Kerajaan sendiri dibayangi dengan skandal ketelusan sekiranya benar tujuh pemain tersebut adalah pemain palsu.

Sekarang seluruh dunia sedang memerhati. Jika benar tujuh pemain itu tidak memenuhi syarat peraturan FIFA, ia umpama bangkai gajah yang cuba ditutup dengan daun pisang.

RENTAS7/ Foto: Aseanfootballnews

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.