JERLUN- Seoarang suri rumah dari Kampung Telaga Batu di sini hanya mampu terlantar di rumah akibat lumpuh sejak setahun yang lalu. Nasibnya bagaimanapun mendapat perhatian warga pendidik Negeri Kedah termasuk pemimpin masyarakat yang tampil menyerahkan bantuan kerusi roda, semalam. Suami pesakit, Azizan Harun,65, berkata, dia dan keluarga bersyukur serta berterima kasih kepada pemimpin masyarakat yang sangat prihatin terhadap nasibnya. "Sumbangan ...

KULIM- Demi memupuk semangat saling menghormati antara kaum, Surau Al- Kautsar Taman Seri Petaling di sini menganjurkan Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina, kelmarin. Sambutan diadakan di pekarangan surau itu secara tidak langsung menarik minat masyarakat bukan Islam untuk mengenali agama Islam dengan lebih dekat. Pengarah program merangkap Pengerusi Persatuan Cina Muslim ( MACMA) daerah Kulim, Mohamad Hadi Firdaus Ang berkata, ...

PERMATANG PAUH- Tekad dan azam yang kuat mendorong dua sahabat untuk menunggang motosikal dari Malaysia ke Makkah demi menjayakan hasrat menunaikan ibadah umrah dalam misi Kembara Musafir 2020 Muhammad Anuar Harun,43 dari Baling, serta Mohamad Sanusi Mohamad Shata,61, dari Terengganu memulakan perjalanan dari Permatang Pauh Pulau-Pinang pada 13 Januari lalu menggunakan motosikal berkuasa tinggi. Presiden Kumpulan NVOG&, Friends, Ahmad Fazrul ...

PUTARAJAYA- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menekankan sumbangan sains dalam kehidupan harian dan pentingnya sains untuk pembangunan negara. Dr. Mahathir menyarankan supaya tumpuan diberikan kepada pembentukan pemikiran saintifik (mindset) dan pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dalam kalangan rakyat dalam semua aspek kehidupan. "Ini dapat dilaksanakan bermula dari alam persekolahan dengan pembangunan kurikulum dan pedagogi yang bersesuaian dan inovatif,"katanya. ...

KUALA LUMPUR- Sabah sedia mempertimbangkan lanjutan tempoh visa kepada pelancong China yang bimbang pulang ke negara mereka buat ketika ini susulan penularan wabak koranivirus. Memetik Sabah News Today (SNT), lanjutan itu hanya akan diberikan sekiranya mereka memenuhi syarat-syarat kesihatan dan keselamatan ditetapkan. Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Christina Liew berkata, pelancong terbabit juga dinasihati supaya merujuk pejabat konsulat negara mereka ...

KOTA BHARU- Pelaksanaan semula pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) akan memberikan kesan buruk kepada prestasi pelajar. Presiden PERADABAN, Datuk A Aziz Deraman berkata, dapatan dan rumusan kajian semasa pelaksanaan kali pertama dahulu sudah membuktikan kesan negatif kepada pelajar. Menurutnya, hasil kajian itu menunjukkan kemerosotan pencapaian dan betapa besarnya jumlah kecundang para pelajar bagi menguasai kedua-dua ...

KUALA TERENGGANU- PAS dan UMNO berjaya melangsungkan mesyuarat kali pertama jawatankuasa Muafakat Nasional (MN) Terengganu, di sini, kelmarin. Pesuruhjaya PAS Terengganu, Senator Datuk Husain Awang (gambar) berkata, perbincangan dalam mesyuarat itu diketuai kepimpinan kedua-dua parti. "Ia diketuai Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu, Dr. Alias Razak dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Din Adam. "Terima kasih diucapkan kepada ...

SUNGAI PETANI- Budaya mengkafirkan sesama Muslim di negara ini tidak wajar berlaku walaupun berlainan parti politik. Ketua Penyelaras Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) Kedah, Datuk Mustafa Idrus (gambar) berkata, mencela sesama kaum Muslimin secara umum termasuk dalam dosa besar. Menurutnya, perbuatan mencela sesama Muslim dengan tuduhan kafir berlaku kerana lemahnya pemahaman mereka terhadap akidah dan manhaj yang benar. "Sebagai orang ...

ALOR SETAR- Kes memandu secara mabuk berleluasa selepas  Exco DAP Selangor membenarkan arak diminum di tempat terbuka, kata Pesuruhjaya PAS Kedah, Ahmad Yahya. Beliau berkata, sebelum itu kes membabitkan pemandu mabuk jarang didengari meskipun tersebar gambar ramai pemimpin DAP memegang gelas arak. "Apabila kejadian begini terjadi kita terus teringat kepada arahan bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul ...

KUALA LUMPUR- Tular di media sosial  kononnya seorang pesakit virus koronavirus meninggal dunia di Shah Alam, Selangor. Mesej disebarkan pihak tidak bertanggungjawab itu bagaimanapun disahkan palsu oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) "Lagi sebaran palsu. Sentiasa rujuk dengan sumber yang sah di saluran yang betul. "KKM ada di semua platform (media sosial)," kata kenyataan itu. Terdahulu, Jabatan Perdana Menteri memberi amaran ...