SEREMBAN- Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan BARA Malaysia yang berlangsung di Hotel Sutera, Seremban Dua pada 11 Oktober lalu menyaksikan pemilihan semula barisan kepimpinan tertinggi pertubuhan tersebut bagi penggal baharu. Dalam pemilihan yang diadakan secara tertib dan demokratik itu, Dato’ Mustaffa Idrus berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai Naib Presiden BARA Malaysia setelah mendapat kepercayaan penuh daripada para perwakilan. Menurut Dato’ Mustaffa dalam ...

KUALA LUMPUR- Rejim Israel yang terkenal dengan sikap penakut berdepan H telah menurunkan pasukan komando elit dikenali Shayetet 13 dalam operasi menahan kapal-kapal Sumud Flotilla di perairan antarabangsa Serangan yang berlaku awal pagi tadi  menyaksikan para sukarelawan ditahan secara paksa sekaligus melanggar undang-undang antarabangsa. Namun persoalan besar timbul, layakkah mereka digelar pasukan elit? Hakikatnya, tindakan menyerang sukarelawan tidak bersenjata yang ...

ALOR SETAR – Pertubuhan Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) Negeri Kedah menyifatkan pengumuman kerajaan mengenai subsidi petrol melalui program Budi Madani RON95 (BUDI95) sebagai tidak berbaloi dan hanya menambah beban rakyat. Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus berkata, skim bantuan yang bersamaan dengan 300 liter sebulan itu hanya bernilai sekitar RM18, jumlah yang terlalu kecil dan tidak mampu membantu rakyat menghadapi kos sara ...

SUNGAI PETANI-Pertubuhan Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) Negeri Kedah mengecam keras tindakan pihak berkuasa yang mengambil 37 lot rumah teres milik penduduk Melayu di Kampung Sungai Baru atas nama pembangunan. Pengerusi PAMM Negeri Kedah, Dato’ Mustaffa Idrus berkata, tindakan tersebut merupakan satu bentuk penindasan terhadap kaum Melayu yang semakin dipinggirkan, sedangkan kaum lain diberi pembelaan dan perhatian. Menurut beliau, penduduk Melayu ...

ALOR SETAR – Pertubuhan Angkatan Masyarakat (PAMM) Negeri Kedah menyuarakan bantahan keras terhadap Rang Undang-Undang Urban Renewal Act (RUU URA) 2025 yang bakal dibentangkan di Parlimen Oktober depan. Pengerusinya, Dato’ Mustaffa Idrus, berkata rang undang-undang itu memberi kuasa yang terlalu luas kepada kerajaan dan pemaju sehingga menjejaskan hak asas rakyat terhadap tanah, rumah dan warisan keluarga. “RUU ini membuka ruang ...

ALOR SETAR-Pertubuhan Angkatan Masyarakat (PAMM) Negeri Kedah menegaskan bahawa kemerdekaan negara tidak akan benar-benar bermakna sekiranya kerajaan gagal menangani isu-isu besar yang menyentuh soal keadilan rakyat. Pengerusinya, Dato’ Mustaffa Idrus, berkata sambutan Hari Kemerdekaan tidak boleh sekadar dilihat sebagai acara tahunan penuh simbolik, sebaliknya perlu dihayati dan diterjemahkan dengan memastikan keadilan ditegakkan kepada seluruh rakyat. “Kemerdekaan wajib dipertahankan. Ancaman hari ...

KUALA LUMPUR-Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang juga Naib Pengerusi DAP terus membelakangkan suara rakyat apabila berkeras mahu membawa Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA) 2025 untuk diluluskan di Parlimen. Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan di luar Parlimen ketika menerima memorandum bantahan URA daripada pelbagai pihak siang tadi mendedahkan sikap biadap  pemimpin ...

ALOR SETAR -Pertubuhan Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) Negeri Kedah tampil dengan kenyataan tegas menuntut agar kes kematian tragis Allahyarhamah adik Zara Qairina disiasat secara telus dan diselesaikan dengan segera. Tragedi ini, menurut PAMM, bukan hanya episod duka keluarga mangsa, bahkan menguji ketelusan pendidikan negara dan kredibiliti kerajaan untuk melindungi keselamatan rakyat dan bersama keadilan rakyat atau sebaliknya. Pengerusi PAMM Negeri ...

ALOR SETAR -Pengerusi Pertubuhan Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) Negeri Kedah, Datuk Mustaffa Idrus, menegaskan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu memandang isu pembulian sebagai ancaman besar kepada keselamatan negara dan menjadikannya agenda mustahak nasional. Beliau berkata, gelombang kes pembulian yang berlaku di seluruh negara kini berada pada tahap membimbangkan, termasuk insiden tragis membabitkan pelajar sekolah menengah, Allahyarhamah Zara Qairina, yang menggemparkan ...

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pertubuhan Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM), Dato’ Mustaffa Idrus menyatakan kebimbangan mendalam terhadap peningkatan kes penderaan kanak-kanak di Malaysia dan menggesa kerajaan segera mengambil tindakan tegas serta menyeluruh bagi membendung gejala menyayat hati ini. Beliau merujuk kepada statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang merekodkan sebanyak 2,240 kes penderaan setakat Ogos 2024, dengan penderaan seksual mencatat jumlah tertinggi ...