ALOR SETAR-Timbalan Pengerusi Warisan Negeri Kedah, Dato’ Mustafa Idrus, menyatakan pandangannya bahawa masa depan politik Sabah boleh dilonjakkan ke tahap lebih stabil dan matang sekiranya wujud perkongsian kuasa antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan. Beliau menyifatkan kerjasama itu sebagai langkah terbaik demi kepentingan rakyat serta kestabilan negeri. "Cadangan tersebut lahir daripada pemerhatian terhadap kehendak rakyat Sabah yang mahu ...

KOTA KINABALU-Rakyat Sabah kini berada pada persimpangan penting dalam menentukan hala tuju negeri. Pilihan kepimpinan yang tepat adalah kunci untuk memastikan pembangunan dan kesejahteraan rakyat terus terjamin. Dalam konteks ini, Perikatan Nasional (PN) menonjol sebagai pilihan terbaik kerana rekod pentadbiran yang cekap, komitmen terhadap kebajikan rakyat, dan integriti tanpa kompromi. Negeri seperti SG4 telah menjadi contoh jelas bagaimana pentadbiran yang ...

KUALA LUMPUR -Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu Negeri Kedah (PAMM) menzahirkan rasa kesal terhadap sikap tidak beradab segelintir Ahli Parlimen yang semakin jauh daripada nilai keilmuan dan kesopanan dalam sidang Dewan Rakyat kebelakangan ini. Pengerusinya, Dato’ Mustafa Idrus, berkata Parlimen seharusnya menjadi medan berhujah secara ilmiah dan berpaksikan fakta, bukannya tempat untuk jeritan, ejekan dan sindiran yang merendahkan martabat institusi tertinggi ...

ALOR SETAR -Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) Negeri Kedah menggesa kerajaan membatalkan segera Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) 2025 antara Malaysia dan Amerika Syarikat yang didakwa berat sebelah serta merugikan kepentingan negara dan rakyat tempatan. Pengerusinya, Dato’ Mustafa Idrus berpandangan, tindakan Malaysia menandatangani perjanjian itu tanpa melalui proses penelitian mendalam seperti dilakukan oleh negara jiran menunjukkan sikap tergesa-gesa dan kurang ...

KUALA LUMPUR- Tokoh akademik dan aktivis kemanusiaan, Prof. Dr. Zainur Rashid Zainuddin, mencadangkan agar individu yang merupakan peminum arak, mengalami penyakit kronik atau masalah mental dikecualikan daripada bertanding dalam pilihan raya. Beliau turut menegaskan keperluan mewajibkan saringan kesihatan kepada semua calon Pilihan Raya Umum (PRU) sebagai langkah memastikan kepimpinan negara diterajui oleh individu yang sihat dan berkeupayaan penuh. “Sebaiknya semua ...

KUALA LUMPUR -Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu Negeri Kedah (PAMM) merakamkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) serta Sekretariat ASEAN atas kejayaan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN 2025 ke-47 yang berlangsung dengan jayanya di Kuala Lumpur. Pengerusi PAMM, Datuk Mustaffa Idrus berkata, kejayaan itu membuktikan kemampuan Malaysia mengemudi agenda diplomasi serantau serta mengangkat imej negara di mata dunia. ...

KUALA LUMPUR -Seorang anggota tentera Amerika Syarikat (AS) dilihat melakukan kawalan keselamatan untuk Presiden Donald Trump yang menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ( KLCC), pagi tadi. Media melaporkan anggota terbabit adalah dari Perkhidmatan Rahsia AS. Gambar anggota pasukan rahsia itu sempat dirakam oleh jurugambar Bernama ketika menjalankan kawalan keselamatan untuk presiden negaranya. ...

  KUALA LUMPUR- Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA sempat menari secara spontan dengan diikuti Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Trump tiba melalui penerbangan khas Air Force One bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 yang berlangsung di Kuala Lumpur, pagi ini. Menerusi klip video yang dikongsi Bernama, kelihatan Perdana Menteri menyambut ketibaan pemimpin ...

ALOR SETAR-Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) Negeri Kedah menempelak tindakan biadab Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng, yang lantang mengecam kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berhubung larangan penganjuran majlis melibatkan alkohol di dewan awam dalam kawasan sekolah. Pengerusi PAMM Kedah, Datuk Mustaffa Idrus, berkata tindakan Guan Eng itu memperlihatkan keangkuhan sebenar DAP yang tidak pernah menghormati nilai moral, ...

SUNGAI PETANI-Pengerusi Persatuan Angkatan Melayu (PAMM) Kedah, Dato’ Mustafa Idrus, menegaskan ibu bapa perlu menilai semula tanggungjawab mereka dalam mendidik anak-anak sebelum menuding jari kepada pihak sekolah apabila berlaku pelbagai masalah sosial dalam kalangan remaja. Beliau berkata, banyak kes salah laku seperti pergaduhan, samseng, jenayah kecil, dan gejala sumbang mahram berpunca daripada kegagalan ibu bapa memberikan perhatian serta kasih sayang ...