NARATHIWAT - Empat tentera Thai cedera selepas kenderaan dinaiki mereka menjadi sasaran serangan bom. Kejadian berlaku di jalan raya Kakdi Tempat 1 Mukim Cenkiri Daerah Sisakon di sini semalam. Memetik sumber tempatan, mangsa dikenali Supat Manichai, 35, Nat Kon'eng, 35, Kamon Achaipran, 29, dan Senut Senkau , 36. Susulan kejadian itu, tentera telah meningkatkan operasi termasuk menutup lalu lintas di ...

KUALA LUMPUR-Seorang rakyat Ukraine berkongsi video kekejaman tentera Ukraine menembak rakyat mereka yang cuba melarikan diri dari kawasan konflik. Video berdurasi 27 saat yang ditularkan menerusi Telegram pada 27 Februari lalu menunjukkan dua rakyat Ukraine ditahan sebelum salah seorang ditembak ketika cuba melepaskan diri. Sebelum itu tentera Ukraine dilihat melakukan kekerasan dalam keadaan tangan mereka diikat ke belakang. Dalam situasi ...

PATANI-Sebutir bom yang dipasang secara rahsia oleh kumpulan pejuang Melayu Patani mengorbankan seorang askar Thailand manakala tiga lagi parah. Kejadian berlaku di Kampung Mokngo Mayo Wilayah Patani, hari ini. Memetik sumber tempatan, kejadian berlaku ketika kumpulan tentera Thailand sedang berjalan kaki menuju ke pam air yang rosak untuk diperbaiki. Ketika sampai di lokasi, salah seorang anggota tentera terpijak sebutir bom ...

PATANI-Dua tentera Thai cedera parah selepas sebutir bom meletup di atas rel kereta api Chenak hari ini. Akibat letupan itu, salah seorang anggota putus kaki. Kedua-dua anggota dari unit pemusnah bom (EOD) sebelum itu diarah ke lokasi selepas sebutir bom meletup di kawasan tersebut semalam. Setakat kini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab di atas serangan itu. RENTAS7 ...

PATANI-Dua anggota kumpulan pejuang pembebasan Patani terkorban hari ini. Kedua-dua anggota kumpulan BRN disahkan maut selepas bertempur dengan ratusan tentera Thailand. Difahamkan, sebelum itu tentera Thai terlebih dahulu melakukan serangan hendap ketika dua anggota berkenaan sedang beristirehat. Pertempuran berlaku di Kampung Bango Jingo Wilayah Menara. Tentera Thai terus menerima tekanan hebat daripada kumpulan Melayu Patani yang mahu menuntut kemerdekaan  negeri ...

PATANI- Penduduk Kampung Nakho Hilir yang mempunyai masalah kesihatan menjalani pemeriksaan kesihatan percuma hari ini. Pemeriksaan oleh kakitangan hospital kerajaan itu diadakan di kampung berkenaan . Program itu bertujuan memudahkan penduduk untuk menyemak tahap kesihatan mereka tanpa perlu pergi ke hospital yang terletak di luar kawasan kampung. Rata-rata yang hadir terdiri daripada warga emas termasuk golongan muda.   RENTAS7 ...

PATANI- Empat tentera kerajaan Thailand cedera selepas trak dinaiki mereka terkena bom yang dipasang oleh pejuang Nasional Patani. Kejadian berlaku pada jam 9 pagi waktu tempatan, hari ini. Bom itu ditanam di tepi lebuh raya di Kilometer 418 Wilayah Patani. Keempat-empat anggota berkenaan adalah tentera hitam dari Kem 4304.   RENTAS7 ...

PATANI- Sebanyak satu juta baht (RM124,751) diinfakkan rakyat selatan Thailand kepada mangsa banjir di Malaysia. Memetik Bernama pada 29 Disember lalu, hasil kutipan itu dikumpul secara dalam talian, satu iniastif dilakukan pendakwah muda Asari Lateh bersama beberapa penceramah lain. Terdahulu, Asari menyerahkan replika cek kepada wakil TV3 Tuwaedaniya Muhammad Ridzuan di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla. Masyarakat Islam Patani ...

PATANI- Dua pejuang kumpulan kemerdekaan Patani maut dalam pertempuran dengan tentera Thailand di Mukim Paku pada 24 Disember lalu. Mangsa syahid bernama Zakaria Syamsudin dan Adnan Yahya. Menurut media tempatan , pertempuran bermula jam 1.00 petang waktu tempatan selepas ratusan tentera mengepung kawasan Kampung Bukit Tanah Mukim Paku daerah Thunyang. Pertempuran berlanjutan sehingga jam lapan malam. Jezanah kedua-dua syuhada dikebumikan ...

NARATHIWAT- Dua lelaki tempatan ditahan askar Thailand hari ini. Ruslan Mani dan Fahmi Tahu ditangkap di kawasan Kucing Daerah Ratget Wilayah Narathiwat pada jam 4.30 petang. Operasi menangkap dua pemuda itu melibatkan sepasukan tentera dengan kekuatan 20 buah kenderaan. Dua motosikal milik lelaki berkenaan turut dirampas.   RENTAS7/ FOTO: T.I.N ...