Awas! Ini bukan vitamin “gemuk”.

KUALA LUMPUR-Orang ramai dinasihati berwaspada dengan pengambilan pil berwarna kuning dan oren yang kononnya vitamin untuk menambahkan berat badan.

Menurut Public Health Malaysia, produk pil berwarna oren dan kuning ini bukanlah vitamin atau “ubat gemuk” sebaliknya sejenis steroid.

Kenyataan berkata, pil berkenaan banyak dijual di Facebook dengan harga promosi.

“Hati hati, produk ini bukan vitamin, ia mengandungi dexamethasone iaitu sejenis steroid.

“Jika anda makan steroid memanglah berat badan akan meningkat, muka juga akan menjadi bulat seperti bulan,”kata kenyataan itu.

Public Health Malaysia berkata, pengambilan steroid tanpa kawalan menyebabkan lebih banyak komplikasi menakutkan.

“Muka yang bersih akan mula naik jerawat. Bulu badan juga akan naik lebih banyak.

Awas jangan jadi mangsa

“Selain itu metabolisma tubuh akan terganggu. Tekanan darah akan meningkat dan bacaan gula dalam darah juga meningkat,”katanya.

Justeru orang ramai yang masih menggunakan dan menjual produk ini, dituntut berhenti segera.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.