Tenaga Pengajar Maahad Tahfiz Al-Naim Kuala Ketil raih keputusan cemerlang Peperiksaan Tauliah Negeri Kedah

Mohd Zaidi ( kanan) bergambar kenangan bersama Mufti Kedah Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang ( tengah) dan rakan seperjuangan, Saudara Yani.

ALOR SETAR- Tenaga pengajar kuliah Dhuha di Maahad Tahfiz Al Naim Kuala Ketil, Ustaz Mohd Zaidi bin Mad Sapii, melakar kejayaan membanggakan apabila terpilih sebagai penerima keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Tauliah Negeri Kedah, semalam.

Beliau menerima pengiktirafan tersebut sempena Majlis Penganugerahan Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Kedah Tahun 2026/1448H yang berlangsung penuh gilang-gemilang di Dewan Seri Mentaloon, di sini.

Pencapaian luar biasa itu menjadi bukti manifestasi terhadap usaha berterusan, kesungguhan serta komitmen tinggi yang dicurahkan beliau dalam menuntut ilmu agama.

Majlis penganugerahan berkenaan telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri Kedah, Dato’ Haji Mohd Azam Abd Samat.

Dalam program itu, seramai 428 orang guru agama lelaki dan wanita  menerima penganugerahan tauliah mengajar agama Islam daripada Jabatan Mufti Negeri Kedah.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.