Yang-Dipertua Dewan Negara Hadiri Persidangan Komanwel Di Australia

Awang Bemee (tengah) berada di Persidangan Komanwel ke-67 di Sydney

KUALA LUMPUR, 7 November 2024-Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Dato Awang Bemee Awang Ali Basah, telah menghadiri Persidangan Parlimen Komanwel ke-67 (67th Commonwealth Parliamentary Conference) yang berlangsung di Sydney, Australia.

Persidangan yang bermula pada 3 hingga 8 November 2024 ini telah dirasmikan oleh
Her Excellency the Honourable Margaret Beazley AC KC, Gabenor New South Wales,
yang juga merupakan Naib Penaung Persatuan Parlimen Komanwel (Commonwealth Parliamentary Association, CPA).

Persidangan Parlimen Komanwel ke-67 ini merupakan platform yang penting bagi para
pemimpin dan Ahli Parlimen negara anggota Komanwel untuk berkongsi amalan terbaik
serta membincangkan isu-isu bersama dalam usaha memperkukuh nilai dan prinsip
Komanwel.

Pada persidangan tersebut, delegasi Malaysia telah menghadiri beberapa mesyuarat
antaranya berkaitan Commonwealth Women Parliamentarians (CWP), Commonwealth
Parliamentarians with Disabilities (CPwD) yang melibatkan Ahli Parlimen mewakili
golongan Orang Kurang Upaya (OKU), Society of Clerks at the Table (SoCATT) yang
melibatkan Setiausaha-setiausaha Dewan.

Para delegasi juga turut menghadiri bengkel-
1bengkel berkaitan isu-isu terkini antaranya penglibatan wanita dalam politik, kecerdasan
buatan (Artificial Intelligence) dan amalan terbaik dalam mengukuhkan institusi parlimen.

Pada hari ini delegasi Parlimen Malaysia dijadualkan menyertai Perhimpunan Agong
Persatuan Parlimen Komanwel (Commonwealth Parliamentary Association General Assembly) di mana para perwakilan akan membincangkan perkara-perkara berkaitan tadbir urus, pindaan perlembagaan, keahlian persatuan serta penyata kewangan persatuan.

Pada majlis yang sama sesi perbahasan turut akan diadakan berkisarkan kepada tajuk “Votes vs Likes – The Role of Parliament in Strengthening Democratic Resilience in an Age of Fake News and Synthetic Media”.

Delegasi Parlimen Malaysia diketuai oleh Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator
Dato Awang Bemee bin Awang Ali Basah, Ahli Yang Berhormat Dewan Negara dan Dewan Rakyat, Speaker-speaker Dewan Undangan Negeri, Setiausaha Dewan Negara serta Setiausaha-setiausaha Dewan Undangan Negeri.

Turut hadir bersama Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia, Puan Yang Terutama Sharrina binti Abdullah.

Penyertaan delegasi Malaysia dalam persidangan berprestij ini mencerminkan komitmen negara untuk terus memperkukuhkan hubungan diplomatik serta menyokong nilai-nilai Komanwel seperti demokrasi, hak asasi manusia dan tadbir urus yang baik.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.