Penolong ketua jurulatih Indonesia positif COVID-19

JAKARTA– Penolong ketua jurulatih skuad kebangsaan Indonesia, Gong Oh- kyun (gambar) disahkan positif COVID-19.

Memetik laporan Kompas, Gong Oh- kyun telah menjalani pemeriksaan sebanyak kali di sebuah hospital di Jakarta pada 3 April.

Keadaan lelaki dilaporkan stabil namun perlu menjalani rawatan susulan.

Gong Oh-kyun dibawa ke Indonesia oleh Shin Tae-yong bagi membantu tugasnya sebagai ketua jurulatih skuad Garuda.

Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) melantik Shin Tae-yong pada  Disember tahun lepas menggantikan Simon Mcmenemy yang ditamatkan kontrak.

Bekas pengendali skuad Piala Dunia Korea Selatan itu diberi tanggungjawab mengemudi Indonesia mengharungi baki kempen Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.

Rentas7/ Foto: Kompas

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.