JENDELA mampu atasi masalah capaian internet Malaysia

Datuk Mustaffa Idrus

SUNGAI PETANI – Jalinan Digital Negara (JENDELA) diyakini dapat mengatasi masalah capaian internet di seluruh negara.

Pengerusi penasihat Kumpulan Syarikat VSD Automation Sdn Bhd, Datuk Mustaffa Idrus berkata, JENDELA mampu memperluaskan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSSB) sedia ada ke HSSB 2 serta Sub-Urban Broadband (SUBB) dengan melengkapkan akses Gigabit ke sembilan juta premis.

“Teknologi tanpa wayar (wireless technology) telah diimplementasikan sebagai salah satu penyelesaian dalam penggunaan jalur lebar tanpa wayar yang ternyata mudah dibangunkan di kawasan luar bandar, pinggir bandar dan di luar bandar dalam memastikan rakyat dapat akses internet secara holistik.

“Oleh itu, ia membawa kelebihan dengan internet yang pantas dengan kelajuan capaian 1Gbps dengan sambungan internet sehingga 1.2 Gbps ke setiap rumah,”katanya.

Beliau berkata, jalur lebar yang bersifat tanpa wayar dilihat lebih kos efektif berbanding penggunaan gentian fiber dan ternyata kelajuan internet 100 kali lebih pantas berbanding penggunaan gentian fiber.

“JENDELA adalah satu projek yang bagus kerana memperlihatkan dengan sasaran ingin memberikan liputan 4G kepada 96.9 peratus kawasan berpenduduk, meningkatkan purata kelajuan jalur lebar mudah alih kepada 35Mbps, serta menyambung gentian optik kepada 7.5 juta premis.

“Walaubagaimanapun, inisiatif JENDELA dilihat masih tidak bersifat secara holistik yang membawa kepada darjah ketercapaian kepada akses internet kerana banyak di kawasan pedalaman yang masih tidak dapat mengakses internet dengan baik di sebabkan faktor taburan penduduk yang jarang di
kawasan luar bandar menyebabkan akses internet terbantut berbanding di kawasan bandar.

“Kerajaan memperuntukkan berbillion ringgit Malaysia dalam pembinaan menara pencawang telekomunikasi
dan gentian fiber tetapi Fasa Pertama JENDELA (2020-2022) masih tidak lagi menunjukkan akses yang baik kepada penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman yang dilihat sebagai satu bentuk cabaran dalam pembangunan Projek JENDELA malahan memerlukan kos yang tinggi dalam membangunkan pencawang dan gentian fiber serta memakan masa untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak autoriti lokal.

“Bentuk muka bumi yang berbukit bukau di kawasan luar bandar menjadikan akses internet yang rendah dan sukar untuk dibangunkan pencawang telekomunikasi dan
gentian fiber dan memberikan impak kepada golongan muda kini lebih-lebih lagi dalam proses pembelajaran serta dalam mengakses maklumat dengan lebih pantas di hujung jari,”katanya.

Justeru, Mustaffa berkata, semua pihak khususnya kerajaan dituntut mengembleng masa dan tenaga supaya kekangan bagi merealisasikan isu berkenaan dapat diatasi.

“Syarikat VSD Automation Sdn Bhd sedia berkerjasama dengan kerajaan bagi membina akses internet yang terbaik negara supaya masalah ketiadaan internet yang berlaku di kawasan pendalaman tidak lagi berulang,”katanya.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.