Singapura hantar skuad utama layan Malaysia

Bukan calang-calang skuad yang dihantar Singapura bagi aksi pada 26 Mac ini

KUALA LUMPUR– Singapura menghantar skuad utama untuk ‘melayan’ Malaysia ketika kedua-dua pasukan bertemu di Stadium Nasional Singapura dalam aksi persahabatan Tier 1 pada 26 Mac ini.

Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada siang tadi telah mengumumkan senarai 26 pemain mereka.

Antara yang tersenarai adalah pemain pertahanan Irfan Fandi dan penyerang berbisa mereka, Ikhsan Fandi yang bermain untuk kelab Thailand BG Pathum United.

Ikhsan yang kini dalam prestasi terbaik bukan sahaja aset kepada negaranya, malah menjadi penyerang digeruni di Liga Thailand .

Safuwan Baharudin yang beraksi untuk Selangor turut dipanggil pulang menyertai pasukan.

Skuad jiran turut menyenaraikan pemain naturalisasi mereka, Song Ui- young.

Selepas bertemu Malaysia, Singapura akan melayani kunjungan Filipina pada 29 Mac.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.