KUALA LUMPUR-Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang juga Naib Pengerusi DAP terus membelakangkan suara rakyat apabila berkeras mahu membawa Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA) 2025 untuk diluluskan di Parlimen.
Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan di luar Parlimen ketika menerima memorandum bantahan URA daripada pelbagai pihak siang tadi mendedahkan sikap biadap pemimpin berkenaan.
Di luar parlimen, rakyat bersama NGO melakukan perhimpunan aman dan menggelar Nga Kor Ming sebagai pengkhianat.
Sikap Kor Ming yang tidak mempedulikan bantahan turut disifatkan Takiyuddin sebagai samseng.
Menurut Takiyuddin, Kor Ming bertindak tidak mempedulikan arahan Jawatankuasa Pilihan Berkaitan Infrastruktur dan Pengangkutan yang dipengerusikan Ahli Parlimen kerajaan dari Tanjung Manis, Sarawak supaya RUU ini ditangguh atau ditarik balik.
Sebaliknya, beliau tetap berkeras mahu membentangkannya untuk Bacaan Kali Kedua esok (27 Ogos), meskipun menerima tentangan keras daripada pelbagai pihak.
Jika URA 2025 diluluskan, rakyat bimbang ia akan menjadi titik gelap kepada masa depan tanah milik rakyat.
Kuasa autonomi negeri akan dirampas, hak pemilikan tanah orang Melayu di bandar akan pupus sedikit demi sedikit, manakala komuniti asal bandar terdedah kepada pengusiran tanpa pembelaan.
Lebih membimbangkan, seperti mana kenyataan aktivitis dan NGO dilaporkan media tempatan, kerajaan boleh menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk merampas kondominium, rumah pangsa dan pangsapuri dengan hanya persetujuan 75 peratus pemilik. Implikasinya amat dahsyat iaitu rakyat kecil hilang tempat berteduh, bandar-bandar besar bakal digadai, dan masa depan generasi seterusnya terancam.
RUU URA 2025 dibentangkan buat kali pertama pada 21 Ogos lalu dan telah dibantah semua wakil rakyat Perikatan Nasional.
Esok, Parlimen bakal menjadi saksi sama ada suara rakyat dipertahankan atau dikuburkan demi kepentingan kapitalis dan pemimpin DAP.
Terdahulu, Menteri Besar Negeri-Negeri SG4 ( Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis) turut mengeluarkan kenyataan bersama menolak RUU URA 2025.
RENTAS7








Leave a Reply