LAHAD DATU –Rokok pelbagai jenama tidak bercukai yang bernilai RM 20,908.80 dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) di Bandar Cenderawasih di sini semalam.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Lahad Datu, Superintendent Gan Ping Sing berkata, sebuah premis di taman berkenaan diserbu PPM selepas menerima maklumat awam.
“Hasil dari serbuan tersebut pihak polis telah berjaya menahan satu individu serta merampas rokok pelbagai jenama yang disyaki tidak bercukai yang disembunyikan didalam peti sejuk beku di bahagian belakang permis tersebut.
“Suspek dan barang rampasan kemudiannya dibawa ke IPD Lahad Datu untuk siasatan lanjut,”katanya dalam kenyataan.
Kes disiasat dibawah Sek 135(1) Akta Kastam 1967.
Rentas7.com/ PPM
Leave a Reply