Dua buah keluarga murid memerlukan dibantu

KULIM-Dua buah keluarga murid sekolah yang hidup dalam kemiskinan di sini dibantu kelab motosikal berkuasa tinggi Kedah DG Bikers, semalam.

Dua orang murid berkenaan bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Paya Besar di sini.

Guru Besar SK Jalan Paya Besar, Shuib Zakaria berkata, mereka dibantu melalui Program Ziarah Cakna yang membabitkan Kedah DG Bikers dengan kerjasama warga sekolah dan Penglibatan Ibu-Bapa dan Komuniti (PIBK).

Menurutnya, bagi meringankan beban, pihaknyat menyampaikan sumbangan berupa keperluan harian dan tunai.

“Murid pertama diziarahi adalah murid Tahun Tiga iaitu adik Annur Dania Qaleesha. Dua lagi adiknya turut bersekolah di SK Jalan Paya Besar.

“Ibunya seorang suri rumah dan bapanya bekerja sebagai buruh kasar. Mereka hidup menyewa sebuah rumah berdekatan sekolah,”katanya.

Ismail menyampaikan sumbangan kepada wakil keluarga murid berkenaan

Beliau berkata, buat masa sekarang mereka tidak mampu membayar sewa rumah.

“Sebulan sewanya ialah RM250 dan telah tertunggak selama hampir setahun.

“Elektrik dan air sudah tertunggak hampir enam bulan dan telah dipotong,”katanya.

Beliau berkata, keluarga kepada seorang lagi murid dari sekolah yang sama iaitu Nur Adlina Darwisyah Tahun 5 dari sekolah sama turut dibantu.

“Keluarga ini mempunyai enam orang anak dan empat orang masih bersekolah.

“Ibunya bekerja sebagai buruh di sebuah pam minyak d Kulim dan bapa bekerja sebagai pemotong rumput,”katanya.

Salah sebuah lagi keluarga murid SK Jalan Paya Besar dibantu Kedah DG Bikers, PIBK dan warga sekolah

Shuib berkata, mereka menyewa di sebuah rumah berdekatan sekolah dengan kadar sewa RM200 sebulan.

“Semoga sumbangan yang disampaikan ini sedikit sebanyak meringankn beban keluarga tersebut sekaligus mengelakkan anak-anak ini tercicir dari alam persekolahan,”katanya.

Ismail depan bergambar kenangan bersama ahli Kelab Kedah DG Bikers

Terdahulu, seramai 50 ahli Kedah DG Bikers berkonvoi dan menziarahi dua buah keluarga berkenaan.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah, Ismail Othman.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.