Retak, terbelah, bilah mesin rumput terpelanting kena kaki

Bilah mesin rumput yang patah

BALING – Kaki kanan seorang lelaki  terbelah dan tulangnya retak apabila terkena bilah mesin rumput yang patah dan terpelanting mengenainya.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi di Kampung Landak semalam.

Mangsa, Abdullah Ahmad, 59, berkata, ketika kejadian dia terlibat dengan gotong royong membersihkan parit bersama-sama penduduk kampung.

“Tiba-tiba bilah mesin rumput terkena batu sebelum patah dan terpelanting ke arah kaki kanan saya.

“Saya telah menerima rawatan di Hospital Baling dan tulang kaki yang retak telah disimen untuk mengelakkannya lebih serius,”katanya kepada Rentas7.com hari ini.

Najmi duduk kanan menziarahi Abdullah di rumahnya hari ini

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Brigadier Jeneral (B) Datuk Mohd Najmi Ahmad menziarahi Abdullah di kediamannya dan menyampaikan sedikit sumbangan.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.