Rakyat kompenan pertahanan Indonesia- Probowo

 

JAKARTA– Negara ini bukan sahaja diperkuatkan Tentera Nasional Indonesia (TNI), bahkan rakyat turut menjadi kompenan pertahanan Indonesia sekiranya negara itu terlibat dalam peperangan.

Menteri Pertahanan, Probowo Subianto (gambar) berkata, Indonesia tidak akan diduduki negara lain sekiranya rakyat menjadi kompenan pertahanan negara itu.

“Kita mengerti dan memahami bahawa mungkin saat ini secara teknologi, mungkin kita tidak bisa mengalahkan kekuatan teknologi bangsa lain.

“Tapi pertahanan kita, bersandarkan pemikiran atau konsep pertahanan rakyat semesta,” katanya yang dipetik daripada Kompas.

Beliau berkata demikian pada program Kementerian Pertahanan dalam rapat kerja dengan Komisi 1 DPR RI, di Kompleks Parlemen, Senayan, Jakarta, hari ini.

Probowo berkata, selama ini, konsep diamalkan itu ialah doktrin Indonesia, ia diterjemah dalam bentuk program Bela Negara kepada rakyat.

“Itu adalah doktrin Indonesia selama ini, lahir dari sejarah kita bahwa setiap warganegara berhak dan wajib ikut bela negara.

“Kalau terpaksa kita terlibat perang, perang yang kita laksanakan adalah perang rakyat semesta,”katanya.

Rentas7.com/ Foto Kompas

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.